Harian Metro

Tunjuk pistol lepas bertengkar

-

Berang selepas bertengkar dengan rakannya, seorang lelaki yang mabuk mengeluark­an pistol dimiliki menyebabka­n berlaku keadaan panik di sebuah pusat beli-belah di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan selepas polis menerima maklumat daripada pengunjung pusat beli-belah berkenaan yang cemas melihat suspek mengeluark­an pistol dan berada dalam keadaan tidak keruan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani

Che Din berkata, siasatan mendapati suspek ke restoran itu bersama seorang rakannya sebelum berlaku pertengkar­an antara mereka.

Katanya, ketika bertengkar, suspek yang berada dalam keadaan mabuk terjatuh dan terhantuk bucu meja makan menyebabka­nnya cedera di kepala.

“Pemilik restoran yang melihat keadaan lelaki itu menghubung­i ambulans. Sebaik pasukan paramedik selesai memberi rawatan, suspek mengeluark­an pistol semi-automatik dan mencari rakannya itu,” katanya.

Mohd Zani berkata, polis menahan lelaki itu di tempat kejadian dan turut merampas pistol semi-automatik, beberapa peluru dan kelopak peluru pistol berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapat lelaki itu mempunyai permit membawa dan mengguna pistol berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah menggunaka­n senjata api.

“Sebaik ditahan, suspek dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatka­n rawatan akibat kecederaan dialami,” katanya semalam.

Menurutnya, polis kini sedang merakam percakapan rakan lelaki itu yang berada di tempat kejadian dan suspek kini ditahan bagi proses perintah reman.

Mohd Zani berkata, tiada sebarang kejadian tembak menembak berlaku sebagaiman­a yang ditularkan di media sosial.

 ??  ?? GAMBAR ketika kejadian yang tular.
GAMBAR ketika kejadian yang tular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia