Harian Metro

Rabbani cari kelainan

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Tampil persembaha­n berbentuk nasihat, motivasi

Kumpulan nasyid Rabbani satu nama besar selain Raihan dan Hijjaz. Tidak dinafikan populariti mereka masih bertahan, namun Rabbani juga perlu bergerak seiring dengan perkembang­an semasa.

Tidak lagi bersandark­an kepada album penuh, Rabbani bakal menghasilk­an single terbaru selepas tampil dengan album ke-22 berjudul Yang Benar yang mendapat sentuhan komposer Edry Abdul Halim dua tahun lalu.

Azadan yang mewakili anggota lain berkata, Rabbani sedang mencari-cari lagu yang sesuai untuk peminat.

“Irama nasyid masih diminati dan terus berkembang. Ada banyak artis nasyid baru yang muncul, tapi peluang mereka untuk tampil dalam industri muzik utama agak kurang.

“Saya tak salahkan media kerana artis semakin ramai sekarang dan generasi baru nasyid perlu ke depan tampilkan diri.

“Aktiviti kami masih berjalan seperti biasa. Cuma, ia taklah serancak seperti dulu. Dalam sebulan pasti ada program yang perlu dijayakan,” katanya.

Azadan mengakui sesekali mereka ada kelapangan dan ia dipenuhi dengan aktiviti peribadi setiap anggota.

“Sekarang kami fokus kepada dua perkara iaitu penganjura­n acara dan sistem bunyi. Kalau ikutkan situasi semasa, tawaran persembaha­n sudah kembali rancak seperti sebelumnya.

“Rabbani cuba cari kelainan dengan membuat persembaha­n berbentuk nasihat dan motivasi seperti tema Selimut Putih yang diadakan di Kedah barubaru ini.

“Syukur, selepas itu kami ditawarkan buat program bertema sama di Kelantan dan negeri lain. Sekarang kita perlu buat konsep yang berlainan kerana ini yang dikehendak­i peminat,” katanya.

Menurutnya, pada suatu ketika Rabbani pernah berdepan masalah kekurangan undangan persembaha­n dan ini memaksa mereka memerah otak mencari idea baru dalam persembaha­n.

“Ia berlaku dalam setahun dua kebelakang­an ini. Mula-mula kena memang kami terasa, tapi kami kaji apa sebenarnya berlaku.

“Maklumlah kami bukan setahun dua bergeluman­g dalam industri muzik. Kami terima hakikat ini dan tak boleh mengalah dengan buat pembaharua­n.

“Dari satu segi, masa lapang ini diisi dengan aktiviti keluarga, minat dan kerjaya lain seperti saya yang ada restoran sendiri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia