Harian Metro

17 pegawai polis bertukar

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam @nstp.com.my

„ PDRM umum pelantikan baru berkuat kuasa pada 12 September depan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, mengumumka­n pertukaran 17 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitka­n Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) Bukit Aman manakala Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSK) Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar pula dilantik sebagai Ketua Polis Kedah.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman dan Timbalan Pengarah I Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman manakala Datuk Mat Kasim Karim pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah.

“Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Sahabudin Abd Manan pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah I Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman.

“Selain itu, turut ditukar adalah SAC Kepolisan Am KDNKA Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat yang dilantik sebagai Komander Pasukan Polis Marin KDNKA Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Asmawati berkata, turut ditukar adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Standard (Siasatan/Perundanga­n/Kajian Kes) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Allaudeen Abdul Majid yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu.

Manakala Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Idris Abdullah pula dilantik sebagai SAC Kepolisan Am KDNKA Bukit Aman.

Turut ditukar adalah Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), KDNKA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Mohd Shahar Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Standard (Siasatan/Perundanga­n/Kajian Kes) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Antara pegawai kanan lain yang ditukar adalah Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Johor, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK), Kelantan dan tempatnya diganti oleh Komandan Maktab PDRM kuala Kubu Bharu, Selangor, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim.

 ??  ??
 ??  ?? RAMLI
RAMLI
 ??  ?? ZAINAL Abidin
ZAINAL Abidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia