Harian Metro

Ibu kota ‘dijajah’ warga asing

-

Kuala Lumpur: Ibu kota ‘dijajah’ warga asing yang didapati sesuka hati memandu kenderaan tanpa lesen termasuk menunggang motosikal dengan penumpang berlebihan.

Itu antara senario dikesan sepanjang pihak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) melakukan Operasi Khas Mengesan Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) di sekitar Lembah Klang sejak empat hari lalu.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Ismail Mohd Zawawi berkata, sejumlah 346 notis saman dikeluarka­n JPJ terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang operasi diadakan.

Katanya, seramai 145 warga asing yang menunggang dan memandu kenderaan diperiksa pegawainya.

“Mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan. Tiada lesen memandu menjadi kesalahan paling tinggi dilakukan pemandu warga asing dengan jumlah 177, diikuti tiada Lesen Kenderaan Perdaganga­n (GDL) (60 kes); tiada lesen kenderaan motor dan tiada perlindung­an insurans (47 kes ) selain kesalahan teknikal (16 kes).

“Selain itu warga asing yang paling ramai melakukan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang Ops PeWA ini adalah warganegar­a Myanmar seramai 70 individu, Indonesia (23); India (11); Pakistan (7); Bangladesh (6) dan Nepal seramai dua orang,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi berkenaan di Jalan Ampang di sini, semalam.

Sebagai contoh, seorang lelaki Rohingya sanggup menggadai nyawa dua anaknya apabila menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar ketika ditahan.

 ??  ?? ISMAIL (dua kanan) memeriksa warga asing yang melangar undang-undang ketika Op PEWA di sekitar Jalan Ampang.
ISMAIL (dua kanan) memeriksa warga asing yang melangar undang-undang ketika Op PEWA di sekitar Jalan Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia