Harian Metro

JEJAS PERIUK NASI KAMI

Kes jenayah cubaan rogol remaja warga Qatar jejas imej budak pantai

- Hadzlihady Hassan cnews@nstp.com.my

“Dia bukan budak pantai, tetapi bekerja sebagai penjaga kuda,” kata wakil budak pantai atau beach boy di kawasan Batu Ferringhi di sini, menafikan kes cubaan rogol membabitka­n remaja perempuan warga Qatar di Monkey Beach baru-baru ini dilakukan rakan sekerja mereka.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40-an berkata, kes terbabit yang dipaparkan akhbar dan tular di laman sosial membuatkan imej budak pantai tercalar, sekali gus meninggalk­an kesan buruk kepada kerjaya mereka.

“Kami mencari rezeki sebagai budak pantai untuk menyara keluarga, tetapi dek kerana perbuatan dilakukan lelaki terbabit ia seolah-olah menutup periuk nasi kami.

“Ini kerana orang ramai terutama pelancong tempatan dan luar akan memandang serong kepada kami dan beranggapa­n semua budak pantai mempunyai akhlak buruk,” katanya.

Isnin lalu, warga asing itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini atas dakwaan menggunaka­n kekerasan bagi mencabul kehormatan seorang pelancong Qatar hujung bulan lalu.

Kes bagaimanap­un ditunda ke 15 Ogos ini bagi melantik jurubahasa bagi membacakan kertas pertuduhan ke atas tertuduh yang juga pemilik kad pelarian UNHCR Sayed

Salam Abu Bakar Sidek, 31.

Jurubahasa mahkamah membaca kertas pertuduhan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati mengikut Seksyen 354

Kanun Keseksaan ke atas Sayed yang didakwa melakukan kesalahan berkenaan ke atas Lolo Fadel Ibrahim Ashour.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Monkey Beach, Teluk Bahang jam

3.30 petang 30 Julai 2018.

Namun tiada pengakuan direkodkan daripada Sayed yang tidak diwakili itu.

Sementara itu, seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 50-an pula berkata, berdasarka­n pengalaman lebih 15 tahun bekerja di situ, orang luar memang tidak

Kami mencari rezeki sebagai budak pantai untuk menyara keluarga, tetapi dek kerana perbuatan dilakukan lelaki etnik Rohingya terbabit ia seolah-olah menutup periuk nasi kami” Man

Kami yang anak tempatan ini pun perlu mengikuti kursus dan belajar selok-belok keselamata­n ketika mengendali­kan tugas sebagai budak pantai” Zul

dibenarkan bekerja sebagai budak pantai.

“Kami yang anak tempatan ini pun perlu mengikuti kursus dan belajar selok-belok keselamata­n ketika mengendali­kan tugas sebagai budak pantai.

“Memang kami tidak berpuas hati dengan kewujudan golongan luar terutama etnik Rohingya ini yang bekerja sebagai penjaga kuda kerana mereka kurang pengetahua­n untuk berkomunik­asi, sekali gus membuatkan pelancong kurang selesa,” katanya.

Menurutnya, mereka bukan iri hati atau dengki, namun sebaik-baiknya kerja seperti itu dilakukan orang tempatan yang lebih mengetahui selok-belok dan cara bergaul dengan pelancong.

 ??  ?? REZEKI pekerja tempatan terjejas angkara kes jenayah babit warga asing di Batu Ferringhi.
REZEKI pekerja tempatan terjejas angkara kes jenayah babit warga asing di Batu Ferringhi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia