Harian Metro

Polis pandang serius

-

Georgetown: Polis sentiasa memandang serius kes jenayah dan salah laku membabitka­n budak pantai atau

di sekitar kawasan Pantai Batu Ferringhi di sini, selain mengambil pelbagai langkah pencegahan dan pemantauan dari semasa ke semasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kes jenayah membabitka­n salah laku budak pantai adalah rendah, namun siasatan tetap dilakukan jika ada laporan polis dibuat oleh pelancong, sama ada tempatan atau asing.

Menurutnya, polis sentiasa memantau aktiviti budak pantai melalui rondaan dan pemeriksaa­n secara berperingk­at dalam menangani kes jenayah serta meminta kerjasama orang ramai menyalurka­n maklumat.

“Kita mempunyai pasukan Unit Polis Pelancong yang sentiasa melakukan rondaan dan sekiranya bersalah, kita tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Begitupun, kita tidak mahu menuding jari atau memandang rendah kepada mana-mana budak pantai sehingga masyarakat meletakkan mereka pada satu persepsi negatif dan buruk kerana tidak semua terjebak dengan jenayah, malah ada yang bebas dan bersih daripada salah laku jenayah,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong dari Asia Barat, Shaikha Alanood Mohamad Ali, 28, berkata, dia sudah dua kali berkunjung ke Batu Ferringhi dan tidak mempunyai masalah dengan golongan budak pantai.

Menurutnya, kali pertama dia datang bersama keluargany­a kira-kira lapan tahun lalu dan kali ini bersama suami dan dua anaknya.

“Bagi saya, budak pantai di sini melakukan kerja mereka dengan baik dan tidak memaksa sekiranya kami tidak mahu menggunaka­n khidmat disediakan seperti jet ski dan perkhidmat­an bot.

“Malah, mereka begitu mesra dan menegur kami sekeluarga, ada juga yang masih mengenali saya ketika datang kali pertama dulu menegur dan bertanya khabar ibu bapa saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANUAR
ANUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia