Harian Metro

Shiha ‘dirompak’ RM20,000

-

Kuala Lumpur: Penyanyi, Shiha Zikir, 31, bengang apabila ‘dirompak’ sebanyak RM20,000 oleh rakan sendiri yang dipercayai­nya selama ini.

Shiha ketika dihubungi berkata, lelaki berusia 40-an itu sebelum ini meminjam wang berkenaan daripadany­a pada Januari lalu, namun tidak melunaskan janjinya untuk membayar semula sehingga kini.

“Januari lalu, dia meminta saya untuk meminjamka­n wang kepadanya. Katanya, kehidupann­ya sekeluarga terdesak kerana baru berpindah rumah.

“Dia siap tunjukkan gambar keadaan rumahnya yang kosong dan anaknya berada dalam keadaan memerlukan,” katanya.

Lelaki itu yang pada awalnya berjanji membayar ansuran bulanan hilang selama beberapa bulan selepas menerima wang pinjaman itu.

“Saya ada menghantar kiriman WhatsApp dan menghubung­inya namun tidak berbalas. Beberapa hari kemudian, dia beritahu saya yang dia belum ada wang.

“Tidak lama selepas itu, saya ada berjumpa dengannya kerana dia terbabit sebagai kru untuk satu acara.

“Nak dijadikan cerita, wang untuk acara pada hujung bulan itu juga dibawa larinya,” katanya.

Selepas disiasat, lelaki itu rupa-rupanya pernah menipu beberapa mangsa lain sebelum ini.

“Saya berpakat dengan beberapa mangsa lain dan pergi mencarinya di rumah. Tapi, dia tiada dan yang ada cuma isteri dan anak-anaknya.

“Isterinya yang tidak tahu apa-apa mengenai penipuan suaminya meminta saya tidak membuat laporan polis.

“Saya beri masa sehingga Ahad ini (esok) kepadanya untuk membayar semua hutang dan pulangkan semua duit yang dilarikan. Kalau tiada tindakan, saya akan membuat laporan polis,” katanya.

Nak dijadikan cerita, wang untuk acara pada hujung bulan itu juga dibawa larinya” Shiha

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia