Harian Metro

Pengguna alami sakit kepala melampau

-

atau pembayaran terus di premis.

“Penjualan produk ini dilakukan secara atas talian melalui orang tengah atau ejen di seluruh Malaysia dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata, pembeli perlu mengisi borang secara atas talian di laman sesawang syarikat sebelum wakil syarikat menghubung­i pembeli untuk urusan pembayaran serta penghantar­an produk.

“Langkah ini menunjukka­n pihak yang menjual pil rangsangan seks itu amat berhati-hati berikutan bimbang diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Namun menurutnya, pihak CPF mampu menjejaki ibu pejabat syarikat di premis tiga tingkat di Setapak. Ketika serbuan tengah hari semalam, CPF mendapati pemilik premis tidak meletakkan apa-apa papan tanda perniagaan dan premis seolah-olah tidak berpenghun­i,” katanya.

Menurutnya, 15 pegawai CPF Kuala Lumpur dan Putrajaya diketuai Ketua Seksyen Perisikan dan Operasi BPF Kuala Lumpur Mohd Shahid Yahaya melakukan pemeriksaa­n di dua premis di lokasi itu.

“Sebanyak 4 jenis produk rangsangan seks bernilai lebih RM3 juta ringgit dirampas. Rampasan membabitka­n produk tidak berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk produk rangsangan seks itu.

“Kebanyakan produk siap dibungkus dan menunggu masa dihantar kepada pelanggan di seluruh negara menggunaka­n khidmat kurier. Setiap botol produk dijual pada harga hampir RM200,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana memiliki keluaran

Kuala Lumpur: Sakit kepala melampau selain degupan jantung menjadi tidak terkawal antara kesan awal dirasai sebaik mengambil pil perangsang seks dicampur racun berbahaya.

Ketua Seksyen Perisikan dan Operasi Cawangan Penguat kuasa Farmasi (CPF) Kuala Lumpur Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Mohd Shahid Yahaya berkata, pihaknya mengesan ramai individu atau syarikat tidak bertanggun­gjawab mencampurk­an produk keluaran mereka membabitka­n ubat tradisiona­l, makanan atau minuman kesihatan dan kosmetik dengan bahan racun (ubat terkawal).

“Antara paling popular bahan aktif perangsang seks lelaki seperti sildenafil, tadalafil, verdanafil atau analog kepada bahan itu.

“Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan

yang hanya boleh diberikan oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi daripada doktor,” katanya

Beliau berkata, pengambila­n tanpa pengawasan doktor disahkan boleh mengakibat­kan serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkata­n tekanan bukan berdaftar.

“Bagi individu, kesalahan ini boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun darah, kehilangan pendengara­n dan kehilangan penglihata­n yang kadang kala adalah kekal.

“Ini bukan untuk menakut-nakutkan pengguna berikutan ada mangsa yang maut selain dihantar ke hospital untuk mendapatka­n rawatan kecemasan.

“Siasatan sebelum ini mendapati produk ubat tradisiona­l, minuman seperti peket kopi dan teh campuran, gula-gula, dan juga makanan kesihatan sengaja dicampur racun ini. Mereka mendakwa minuman atau ubat tradisiona­l itu dihasilkan 100 peratus dari herba terpilih,” katanya.

Namun menurutnya, pengguna terpedaya apabila menanggung kesakitan kesan dari pengambila­n produk beracun itu.

“Peningkata­n berbagai jenama produk ini menunjukka­n kegiatan ini berupaya memberikan keuntungan besar kepada sindiket.

“Malah ada antara produk rangsangan seks ini dieksport keluar negara dengan penyamaran sebagai ubat tradisiona­l, makanan kesihatan dan kosmetik,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang sangsi terhadap produk diambil boleh melakukan semakan melalui laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseuti­kal Kebangsaan www.bpfk.gov.my atau Bahagian Perkhidmat­an Farmasi www.pharmacy.gov.my untuk mendapatka­n kepastian status produk.

Racun dalam ubat perangsang seks diseludup dari India ancam nyawa lelaki

mati pucuk

atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi syarikat, hukuman mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI penguat kuasa melakukan rampasan produk rangsangan seks dari dua premis di Setapak.
PEGAWAI penguat kuasa melakukan rampasan produk rangsangan seks dari dua premis di Setapak.
 ??  ?? LONGGOKAN produk yang siap dibungkus untuk dihantar kepada pembeli.
LONGGOKAN produk yang siap dibungkus untuk dihantar kepada pembeli.
 ??  ?? UBAT perangsang seks yang didakwa diperbuat daripada herba sebenarnya mengandung­i racun berjadual.
UBAT perangsang seks yang didakwa diperbuat daripada herba sebenarnya mengandung­i racun berjadual.
 ??  ??
 ??  ?? UBAT perangsang seks hanya dijual secara atas talian.
UBAT perangsang seks hanya dijual secara atas talian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia