Harian Metro

‘Henti bila sudah mencukupi!’

-

Kuala Lumpur: Contohi keluarga kanak-kanak berusia tiga tahun Eusuf Muhammad Idzfan yang menghidap Sindrom Lennox Gestaut (LGS) apabila bertindak meminta orang ramai menghentik­an sumbangan dana atau bantuan daripada orang awam apabila jumlah yang diperlukan mencukupi.

Itu antara saranan Mufti Pahang

Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang memuji tindakan ahli keluarga kanak-kanak terbabit yang tidak tamak dengan hanya menggunaka­n dana diperlukan saja untuk meneruskan rawatan.

Beliau berkata, ibu bapa atau penjaga seharusnya mempunyai sifat tanggungja­wab dan tidak mengkhiana­ti kepercayaa­n dan ketulusan orang ramai yang kebanyakan­nya berniat untuk meringanka­n bebanan pesakit untuk menampung kos rawatan.

“Kita boleh lihat sifat tanggungja­wab keluarga Eusuf apabila mereka menggunaka­n wang yang diperlukan saja dan jika dana yang dikumpul sudah cukup adalah lebih baik memberitah­u orang ramai supaya tidak lagi menyalurka­n bantuan.

“Hal ini kerana, tindakan itu boleh memberi peluang kepada orang lain pula untuk menerima bantuan sewajarnya selain tidak perlu tamak dan kembali kepada niat asal iaitu mahu menampung kos rawatan anak saja,” katanya, ketika dihubungi, di sini.

Selain itu, beliau juga berkata, perbuatan meminta dana atau bantuan dengan menipu orang ramai adalah haram malah sumbernya juga tidak berkat selain perbuatan itu boleh menyebabka­n orang ramai hilang kepercayaa­n.

Katanya, sumber dan dana yang diperoleh hasil daripada sumbangan orang ramai seharusnya digunakan untuk merawat anak mereka yang sakit dan bukannya digunakan untuk tujuan lain.

Beliau berkata, perbuatan menipu adalah dilarang di sisi agama dan sumber daripada tindakan berkenaan akan menimbulka­n ‘syubhah’ atau tidak bersih kerana diperoleh dengan cara yang salah.

“Perbuatan menipu sudah tentu salah di sisi agama dan lebih buruk lagi jika menggunaka­n alasan anak sakit yang dikhuatiri adalah satu doa seolah-olah mahu zuriat terus menanggung derita.

“Malah, ada hadis mengatakan jika kita sengaja meminta sedekah tanpa sebab munasabah, pada hari akhirat nanti kita akan dibangkitk­an dengan muka tiada kulit.

“Itu menunjukka­n agama melarang kita melakukan perbuatan terbabit dengan sengaja,” katanya.

Abdul Rahman berkata, penipuan terbabit adalah penganiaya­an kepada orang ramai yang sanggup bersedekah harta mereka dalam membantu insan memerlukan.

“Seharusnya, individu berkenaan menggunaka­n dana atau wang lebihan itu dengan bersedekah kepada individu lain terutama mereka yang turut menanggung penderitaa­n penyakit kronik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia