Harian Metro

Sabah haram PERAHMAT

-

Majlis Fatwa Negeri Sabah mengharamk­an ajaran Pertubuhan Rahmatan

Lil Alamin (PERAHMAT) di negeri ini.

Mufti Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Majlis Fatwa Negeri

Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, pihaknya sudah bermesyuar­at dan menetapkan semua ajaran termasuk ilmu Syahadah dan Zikir Nafas yang dibawa pertubuhan berkenaan salah serta menyelewen­g daripada ajaran Islam.

“Semua orang Islam di sini diharamkan berpegang serta beramal dengan ajaran yang diasaskan Ismail Kassim daripada PERAHMAT atau seumpamany­a.

“Segala bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan ajaran ilmu Syahada,

Zikir Nafas dan sebagainya yang berkaitan melalui pelbagai medium hendaklah disekat serta-merta,” katanya selepas Mesyuarat Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, semalam.

Biarpun pahit untuk dikenang, tragedi kren tumbang pada musim haji 2015 yang turut mengorbank­an tujuh jemaah dari Malaysia sentiasa kekal dalam ingatan Pengurus Maktab Tabung Haji (TH) Khairoddin Ahmad.

Dia yang tahun ini diamanahka­n mengurus Maktab 87 berkata, kejadian menggempar­kan itu memberi banyak pengalaman kepadanya di dalam aspek mengendali­kan kebajikan jemaah haji.

Menurutnya, pengajaran paling penting daripada tragedi itu ialah peranan teman sebilik selaku orang paling rapat untuk membantu seseorang jemaah apabila berdepan musibah.

“Dalam tragedi kren tumbang itu, dua daripada jemaah yang maut adalah penghuni maktab yang saya uruskan dan satu daripada jemaah itu jenazahnya ditemui tiga hari sebelum hari wukuf.

“Apa yang saya nak kongsikan ialah peranan teman sebilik isteri mangsa banyak membantu menenangka­n dan memberi motivasi.

“Apabila jenazah ditemui, isteri mangsa reda dan dapat menerima kejadian menimpa suaminya dengan tabah,” katanya ketika ditemui di

Tragedi kren tumbang 2015 tinggal pengajaran

Malaysia Maktab 87 Hotel Rehab Al-Janadriyah di sini.

Tragedi kren untuk kerja perluasan Masjidilha­ram tumbang itu berlaku pada 11 September 2015 yang keseluruha­nnya menyaksika­n 180 jemaah haji maut dan 238 cedera. Daripada jumlah itu, tujuh yang maut dan 11 cedera adalah jemaah Malaysia.

Khairoddin berkata, iktibar dan pengajaran yang diperolehn­ya daripada peristiwa itu sering dikongsiny­a bersama jemaah supaya mereka menjalin hubungan yang erat dengan rakan sebilik.

“Setiap jemaah perlu sedar, rakan sebilik orang paling rapat dengan mereka dan yang akan membantu apabila kesusahan. Jadi, kena saling kerjasama dan bertolak ansur,” katanya.

Menjawab satu soalan, Khairoddin berkata, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada oleh pengurusan TH sudah mencukupi untuk petugas berdepan insiden kecemasan sekiranya musibah seperti tragedi kren tumbang berulang.

“Ketika latihan pengukuhan di tanah air kami diberikan pendedahan berkaitan risiko dan apa yang perlu dilakukan berdepan kecemasan. Ia panduan yang banyak manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata, keseluruha­nnya 2,932 jemaah haji menginap di Maktab 87 dan setakat ini 1,900 sudah sampai. Bakinya bakal tiba menerusi dua penerbanga­n lagi dalam masa terdekat.

Menurutnya, pasukan pengurusan Maktab 87 dianggotai 11 petugas termasuk dua penolong pengurus, empat petugas haji, dua penasihat

 ??  ?? KHAIRODDIN memberi paket makanan kepada jemaah.
KHAIRODDIN memberi paket makanan kepada jemaah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia