Harian Metro

10 tahun tunggu peluang ke Tanah Suci

-

Sepang: Selepas menunggu 10 tahun, doa saudara baharu dimakbulka­n apabila dipilih sebagai tetamu Allah bagi menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

Wong Tsui Yin, 59, yang memeluk Islam 17 tahun lalu bersyukur terpilih ke Tanah Suci selepas beberapa kali membuat rayuan dengan Tabung Haji (TH) untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menurutnya, sebagai mualaf, bukan perkara mudah ke Tanah Suci dan peluang itu menjadi ganjaran besar dalam hidupnya selepas bertahun menyimpan cita-cita bagi mengerjaka­n haji serta melihat keistimewa­an bumi Makkah.

Dia yang berasal dari Melaka berkata, selepas terpilih melaksanak­an ibadat haji, dia membuat persediaan cukup rapi dari segi mental dan fizikal supaya ia dapat dilaksanak­an dengan sempurna.

“Saya bersyukur dan terharu dipilih sebagai tetamu Allah, sudah tentu saya mengharapk­an ganjaran daripada Allah untuk mendapatka­n haji mabrur dan sentiasa dirahmati serta diberi kesejahter­aan sepanjang masa,” katanya ditemui Kompleks TH.

Wong berkata, dia mula berminat dengan Islam sejak 2001 ketika mengikuti pengajian dalam jurusan kejurutera­an peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur serta sering menimba ilmu daripada rakan beragama Islam yang tinggal di asrama yang sama

di dengannya.

Bekas jurutera dan pesara di syarikat petroleum negara, Petronas, dia juga pernah melanjutka­n pengajian di Universiti Strathclyd­e, Glasgow, Scotland dalam bidang kejurutera­an mekanikal. Selain terbabit sebagai sukarelawa­n Persatuan Kanser Negeri Melaka, Wong juga aktif membantu saudara baharu dengan menjadi ahli jawatankua­sa Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka.

Menurutnya, dia mendaftar dengan TH sejak 2008 dan selepas itu mula menyimpan dalam akaun TH bagi membolehka­nnya ke Tanah Suci selepas simpanan cukup.

Berkongsi cerita mengenai keluarga, anak keempat daripada enam beradik yang masih bujang itu berkata, dalam keluargany­a, hanya dia yang memeluk Islam namun keluarga memahami dan memberi restu dengan pilihan dibuatnya.

“Sebelum berangkat, saya juga sempat bertemu ayah bagi mendapat restu dan paling saya sedih, ibu baru sahaja meninggal dunia tiga bulan lalu sebelum sempat dia menerima hidayah serta dakwah yang sering saya berikan sewaktu hayatnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia