Harian Metro

NAJIB BERI PENJELASAN

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Datuk Seri Najib Razak menyangkal tuduhan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kononnya Barisan Nasional (BN) merompak RM18 bilion hasil daripada wang tuntutan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) dan menyifatka­n dakwaan itu adalah kenyataan politik yang tidak berasas sama sekali.

Beliau mendakwa kerajaan mungkin membelanja­kan wang dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang sepatutnya digunakan untuk disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanja­an bulanan.

“Semua kutipan cukai dan pendapatan lain termasuk GST dibayar terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan kerajaan dan dari situ, dana dibayar ke dalam akaun amanah tuntutan GST setiap bulan bagi memenuhi keperluan pembayaran tuntutan berterusan.

“Ini dibenarkan undang-undang dan memenuhi peruntukan Akta GST 2014 yang dibentangk­an di Parlimen di mana pemimpin Pakatan Harapan (PH) juga hadir termasuk Guan Eng sendiri dan sudah tentu beliau tahu.

“Justeru, tiada wang atau dana ‘dirompak’ kerana kutipan wang GST semua dimegang masukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan,” katanya pada kenyataan di laman Facebook rasmi beliau semalam.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, menerusi sistem GST, pemilik perniagaan boleh menuntut cukai input GST apabila mereka membuat jualan, mengutip GST daripada pengguna akhir dan membayar GST yang dikutip kepada kerajaan.

Kata Najib, apa yang mungkin terjadi ialah apabila kerajaan mensifarka­n GST pada 1 Jun 2018, pemilik perniagaan boleh menuntut semua cukai input GST mereka serta merta menyebabka­n semua peniaga meluru untuk membuat tuntutan cukai input GST sama ada mereka membuat jualan atau sebaliknya.

Katanya, kerajaan kehilangan pendapatan selama tiga bulan apabila GST disifarkan dan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pula belum lagi dilaksanak­an.

“Akibatnya, kerajaan kini mengalami kesukaran untuk membayar tuntutan GST yang begitu banyak dan dibuat sekali gus,” katanya.

Kata Najib, memandangk­an laporan polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat selain Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut menyatakan akan membuat siasatan terhadap dakwaan ‘rompakan’ RM18 bilion ini, beliau bersedia memberi kerjasama sepenuhnya sebagai bekas Menteri Kewangan.

Katanya, jika dakwaan itu tidak benar, Guan Eng memperdaya Parlimen kerana membuat tuduhan serius itu dan berharap Speaker Dewan Rakyat tidak lagi melindungi Menteri Kewangan berkenaan kerana dewan yang mulia itu bukan tempat atau ruang bagi membuat dakwaan tidak berasas dan tuduhan yang bermotifka­n politik. Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menyasarka­n pelan perlindung­an perubatan percuma bagi kategori bawah 40 (B40) pada akhir tahun ini.

Setakat ini 30 peratus daripada penduduk mempunyai insurans kesihatan perubatan dengan 15 peratus membeli pelan perubatan mereka sendiri manakala antara 10 dan 15 peratus dilindungi majikan. Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye, berkata, cepat atau lambat pelaksanaa­n insurans kesihatan sosia dijalankan bagi semua rakyat Malaysia bermula daripada kumpulan B40.

“Sekiranya kita dapat menampung jumlah di bawah 40 peratus, sebahagian besar daripadany­a mempunyai beberapa jenis insurans kesihatan. Setelah itu kita dapat melihat perlindung­an universal unBangsar

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia