Harian Metro

TOLONGLAH BANK...

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

“Saya minta belas ihsan pihak bank. Jika rumah dilelong di mana lagi kami anak-beranak mahu berteduh selepas ini. Rumah itu satu-satunya harta yang saya ada,” kata warga emas, Azizul Rahim,68.

Dia yang bekerja sebagai pemandu teksi kini buntu memikirkan cara untuk menyelesai­kan tunggakan rumah berkenaan bagi tempoh enam bulan berjumlah RM10,000.

Azizul berkata, kediaman terletak Taman Keramat dibeli 23 tahun lalu dan jika bayaran tidak tertunggak, dia bakal memiliki geran rumah terbabit dua tahun saja lagi.

Namun Azizul bingung selepas menerima notis bank dua minggu lalu memaklumka­n kediaman itu akan dilelong akibat kegagalann­ya tunggakan.

“Saya beli rumah itu hasil daripada titik peluh memandu teksi selain melakukan pelbagai lagi pekerjaan lain sebelum ini. Hanya ini harta saya kerana kami bukan orang senang.

“Pemandu teksi macam saya tak ada simpanan ribuan ringgit dalam bank. Jadi saya harap pihak bank beri tempoh sampai Oktober depan untuk selesaikan tunggakan.

“Tidak lama lagi anak saya yang belajar di luar negara akan pulang ke Malaysia. Bayangkan perasaan anak jika dia tengok

melunaskan rumah kami dilelong,” katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Penyelesai­an Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum ini dia membayar tunggakan RM20,000 menggunaka­n wang zakat diterima selain meminjam daripada kakaknya.

“Memang semua ini adalah kesilapan saya, tapi berilah sedikit simpati kepada warga emas macam saya.

“Pendapatan kasar sebagai pemandu teksi sekarang sekitar RM600 saja sebulan,” katanya.

Sementara itu, Presiden 4PM Rosland Mohd Arif berkata, pihaknya akan berbincang dengan bank berkenaan dan beberapa agensi berkaitan lain bagi membantu menyelesai­kan masalah Azizul.

“Kami mahu memastikan Azizul mendapat pembelaan sewajarnya kerana mengikut perjanjian, rumah yang didiami itu hanya berbaki dua tahun saja lagi,” katanya.

„ Pemandu teksi buntu rumah bakal dilelong walaupun pinjaman hampir dilunas

 ??  ?? ROSLAND (kiri) mengadakan perbincang­an dengan Azizul (dua dari kanan).
ROSLAND (kiri) mengadakan perbincang­an dengan Azizul (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia