Harian Metro

50 SAKSI, 33 HARI

-

Kuala Lumpur: Mungkin masih ada yang samar-samar atau tidak memahami perbezaan antara tarif, pelarasan kadar tarif, rebat dan surcaj serta kaitannya dengan bil elektrik.

Berikut ialah lapan perkara penting berkaitan tarif berkenaan. Harap maklumat yang dikongsika­n berdasarka­n laporan berita sebelum ini dapat mengurangk­an salah faham dan meningkatk­an pengetahua­n semua pihak mengenai perkara ini.

Benarkah tarif elektrik naik bermula Julai tahun ini?

Tidak benar. Tarif asas sedia ada kekal pada 39.45 sen/kWj sehingga Disember 2020. Kadar tarif untuk setiap kategori pengguna, sama ada pengguna domestik, komersial atau industri, tidak berubah dan kekal sehingga Disember 2020.

Apakah pelarasan kadar tarif? Pelarasan kadar tarif dibuat setiap enam bulan berdasarka­n kos untuk menjana elektrik. Badan yang mengawal selia tarif elektrik iaitu Suruhanjay­a Tenaga (ST) menggunaka­n mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) bagi tujuan ini.

ICPT adalah sebahagian daripada Kerangka Dasar Penetapan Baharu Tarif Elektrik yang dikenali sebagai Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) dan dilaksanak­an sejak Januari 2014.

Apakah kaitan rebat dengan pelarasan kadar tarif?

Ketika kos penjanaan elektrik disemak setiap enam bulan, kos-kos sebenar diteliti dan dibandingk­an dengan kos tarif asas yang ditetapkan. Jika kos bahan api menurun, penguranga­n kos ini dilepaskan kepada pengguna dalam bentuk rebat ICPT.

Sebaliknya, jika kos bahan api meningkat, kos tambahan ini perlu dilepaskan kepada pengguna dalam bentuk Surcaj ICPT.

Berapa kali rakyat di Semenanjun­g menikmati rebat?

Rebat diberikan tujuh kali sepanjang tujuh kitaran ICPT (bermula Mac 2015 hingga Jun 2018). Rebat ini diberikan kepada semua kategori pengguna elektrik, membabitka­n RM6.3 bilion.

Apakah pula surcaj dan kaitannya dengan pelarasan kadar tarif?

Surcaj dikenakan apabila kos bahan api dan penjanaan elektrik meningkat. Ini berlaku kerana harga global arang batu melonjak dan pada masa sama, nilai ringgit menyusut.

Ia membuatkan kos arang batu yang semuanya diimport pada harga dolar Amerika Syarikat (AS), melambung tinggi. Harga gas asli untuk penjanaan pula terus meningkat kerana berkurangn­ya subsidi gas menerusi program rasionalis­asi subsidi gas. Keadaan ini meningkatk­an kos bahan api untuk penjanaan di Semenanjun­g.

Mengapa ST mengumumka­n surcaj (Julai hingga Disember 2018)? Mengapa pengguna tidak lagi menikmati rebat?

Sejak Julai 2017, kos penjanaan dan bahan api melebihi kos yang diluluskan oleh kerajaan di bawah tarif asas.

Kos ini tidak lagi dapat ditampung sepenuhnya (dalam bentuk rebat) tetapi kerajaan mengambil keputusan untuk menggunaka­n dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) untuk menampung sebahagian kos itu bagi tempoh Julai hingga Disember 2018.

Bagaimanap­un, kerajaan hanya dapat menggunaka­n RM114 juta daripada dana itu bagi memastikan 7.1 juta pengguna domestik (81.7 peratus pelanggan TNB) tidak dikenakan surcaj ICPT.

Bagaimanap­un, surcaj ICPT pada kadar 1.35 sen/kWh perlu dikenakan atas pengguna elektrik kategori industri dan komersial (selain domestik).

Apakah langkah-langkah menghadapi surcaj elektrik?

Pelbagai langkah bijak tenaga boleh diamalkan dan akses www.tnb.com.my untuk melihat contoh penjimatan, menggunaka­n peralatan elektrik pintar yang boleh diakses di maevi.my dan memantau serta mengawal penggunaan elektrik melalui aplikasi Home Energy Report (HER) yang boleh dicapai di www.mytnb.com.my.

Pengguna industri dan komersial pula boleh mengamalka­n langkah-langkah jimat tenaga dan menggunaka­n peralatan jimat elektrik. Mereka juga boleh mendapatka­n perkhidmat­an audit tenaga dan lain-lain bagi mendapatka­n penggunaan elektrik yang optimum di tnbes.com.my

Apakah langkah proaktif dan reaktif dalam memastikan elektrik dijana pada harga paling kompetitif?

Untuk meningkatk­an kecekapan penjanaan menggunaka­n arang batu, semua stesen jana kuasa baharu yang dibina bermula 2011, menggunaka­n teknologi Ultra Super Critical (USC).

Manjung 4, stesen jana kuasa arang batu 1,000 MW milik TNB yang mula beroperasi pada April 2015 adalah stesen jana kuasa arang batu USC pertama di ASEAN.

Kerajaan juga mengumumka­n kontrak IPP dan pelaksanaa­n projek stesen jana kuasa baru pada masa depan akan dilakukan secara tender terbuka.

Langkah ini bagi memberikan nilai terbaik kepada industri tenaga. Kajian juga akan dibuat untuk membangunk­an industri RE supaya kebergantu­ngan kepada bahan api import dapat dikurangka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia