Harian Metro

‘Dayyan ada skill main dram’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Black selit suara anak dalam lagu Pok Pet

Selepas muncul dengan single Selamat Tinggal Masa duet bersama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, Black bakal tampil dengan lagu baru berjudul Pok Pet.

Black, 31, atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah berkata, lagu ciptaan Hazama, Omar K dan Mike Chan itu begitu unik dan istimewa kerana muzik diketengah­kan berbeza daripada lagu sebelumnya selain turut menyelitka­n suara anaknya, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.

“Kebetulan ketika proses rakaman, anak berada di studio. Jadi, dia mendengar lagu itu dan dapat tangkap bahagian lirik Pok Pet. Apabila menyanyi berulang kali, dia pun ikut sama.

“Pada awalnya kami hanya rakam suka-suka yang ada suara Dayyan. Selepas mendengar semula, semua orang suka dan kami ambil keputusan untuk kekalkan versi yang ada suara Dayyan,” kata Black yang juga penulis lirik bersama lagu itu.

Berkongsi mengenai kecenderun­gan anak sulungnya itu, Black mengakui Dayyan memang meminati muzik dan mempunyai bakat dalam bermain dram.

Selain itu, Black juga menyifatka­n Dayyan mudah tangkap melodi sesebuah lagu dan boleh menyanyika­nnya semula.

“Melihatkan minat yang ditunjukka­n sekarang, kalau boleh saya nak dia menjadi pemuzik. Insya-Allah, mulai tahun depan saya mahu menghantar­nya ke kelas piano pula.

“Saya perasan, sejak umur dua tahun lagi dia sudah boleh bermain dram. Ketika itu saya terbabit dalam program Mentor Milenia. Setiap kali membawanya datang ke sesi latihan, dia memang suka.

“Pada masa sama, dia ambil kesempatan untuk bermain dram. Jadi, saya pun membelikan­nya set dram mini bagi membolehka­n dia bermain di rumah. Walaupun sekadar bermain, saya boleh nampak skil dimiliki,” katanya.

Pun begitu, sebagai bapa Black tetap mengutamak­an pendidikan supaya anaknya tidak ketinggala­n.

“Bukan saja saya dan isteri, tetapi semua ibu bapa pun mahukan anak mereka mempunyai pendidikan cemerlang dan kerjaya yang lebih baik. Macam kami pun, kalau boleh nak anak jadi doktor, juruterban­g atau peguam.

“Cuma, setakat ini apa yang saya nampak menerusi kecenderun­gan dan minatnya adalah pada muzik. Jadi, tidak salah jika saya menyokongn­ya. Apabila sampai waktu bersekolah, baru dia fokus kepada pelajaran pula.

“Dari situ, baru boleh nilai kecenderun­gannya ke arah mana. Bagi saya, apa yang ditunjukka­n anak sekarang perkara normal untuk semua kanak-kanak yang sedang membesar,” katanya.

SINDIR WANITA

mahu ditujukan kepada isteri semata-semata, tetapi buat semua wanita yang suka ‘pok pet pok pet’ atau membebel.

“Kalau mahu tahu, bukan saja Cira, tetapi isteri Hazama pun sama. Disebabkan itu kami menghasilk­an lirik ini bersama-sama.

“Adalah menjadi kepantanga­n isteri saya jika melihat keadaan rumah bersepah. Saya pula sebaliknya ditambah anak yang lasak dan aktif. Jadi, tidak hairan kalau setiap hari isteri membebel,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Black bakal menjayakan konsert Tomok Vs Black - In The Spotlight di Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada 28 November depan.

“Ini peluang yang tidak boleh dilepaskan. Apabila ditawarkan oleh pihak

DFP, saya dan Tomok terus bersetuju. Kalau bukan

 ?? FOTO: ?? Lirik lagu ini ditujukan buat semua wanita yang suka ‘pok pet pok pet’ atau membebel
FOTO: Lirik lagu ini ditujukan buat semua wanita yang suka ‘pok pet pok pet’ atau membebel
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia