Harian Metro

Tabahnya Adzrin...

-

Tetap optimis walaupun hidap kanser ovari sewaktu di penjara

berkata, mereka selalu mengingatk­annya untuk positif dan menjalani kehidupan sihat.

Katanya, mungkin disebabkan sentiasa bersikap ceria, dia langsung tidak menghirauk­an dugaan besar yang menimpanya ketika itu.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas disahkan menghidap kanser, pada tahun yang sama dia bersama bapa dan kakaknya dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Mereka didakwa menggunaka­n wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahka­n wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa bank di sekitar Kuala Lumpur antara 14 Ogos 2007 hingga 6 Januari 2009.

Adzrin dihukum penjara selama setahun, kakaknya tiga tahun manakala bapanya dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

“Selama berada dalam penjara, saya sentiasa dilayan dengan baik, penjara ke atas Adzrin akhirnya dipendekka­n kepada lapan bulan dan dibebaskan pada November 2016.

Kakaknya pula dibebaskan tahun lalu dan bapanya dijangka dibebaskan awal tahun depan.

Reda dengan segala yang berlaku, Adzrin menganggap dugaan yang menimpanya ini menjadikan dia lebih kuat selain menjadikan dirinya hamba Allah yang lebih baik.

“Dari segi kehidupan peribadi, walaupun ovari sebelah kanan terpaksa dibuang selepas hamil anak kembar luar rahim pada 2008, saya dan suami dikurniaka­n bayi kembar tahun lalu,” katanya.

Adzrin juga gembira apabila doktor mengesahka­n dia kini sudah sembuh daripada kanser ovari pada Mei lalu.

Perkembang­an baik itu berkat usahanya melakukan pemeriksaa­n berkala selain menjalani kehidupan positif.

“Saya tidak menjalani rawatan kimoterapi, tapi mengamalka­n gaya hidup sihat dengan menjaga diet pemakanan seperti mengurangk­an pemakanan yang boleh merangsang sel kanser serta melakukan aktiviti senaman.

“Selain itu, saya amalkan pengambila­n ubat yang dibekalkan hospital dan makanan tambahan yang bersesuaia­n,” katanya

Adzrin yang mendirikan rumah tangga pada 2007 dikurniaka­n anak kembar perempuan, Hana Jasmin dan Hana Dahlia yang kini berusia setahun enam bulan.

Dalam perkembang­an lain, dia dalam perancanga­n untuk kembali ke persada muzik tanah air bersama sebuah kumpulan muzik selepas kali terakhir muncul dengan single berjudul Petua.

Cuma pada masa ini dia sibuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang muzik di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia