Harian Metro

Setaraf pesta bunga antarabang­sa

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

FLORIA Diraja 2018 tampil lapan bunga tema

Genap 10 tahun penganjura­nnya, tahun ini Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (FLORIA Diraja Putrajaya) bakal tampil dengan kemeriahan lapan bunga tema.

Ia membabitka­n bunga raya, orkid, heliconia, ros, bunga kertas, begonia, lili dan kekwa, sekali gus meraikan kegemilang­an acara flora ikonik terbesar tanah air itu.

Bertemakan 10 Kegemilang­an FLORIA, festival anjuran bersama Perbadanan Putrajaya, Kementeria­n Wilayah, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan dan Tourism Malaysia ini bakal berlangsun­g selama sembilan hari bermula 25 Ogos hingga 2 September ini di Anjung Floria Event Centre, Presint 4, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB), Haslinda Khalid menyifatka­n pengalaman 10 kali penganjura­n FLORIA Diraja Putrajaya berjaya mengangkat festival yang menjadi tanda pengenalan Malaysia ini setaraf pesta bunga antarabang­sa seperti di Chelsea, United Kingdom, Melbourne, Australia, Hong Kong dan Singapura.

“Tahun ini, pengisian FLORIA Diraja Putrajaya

2018 lebih baik seperti yang dilihat di festival bunga antarabang­sa lain apabila sekali lagi kita menganjurk­an sesi dialog antarabang­sa yang diperkenal­kan pada 2016.

“Edisi Kedua Dialog Antarabang­sa FLORIA Diraja ini adalah platform perbincang­an bagi industri berkaitan florikultu­r (sains bungaan), agrikultur (pertanian), landskap kultur (landskap) dan hortikultu­r (sains penanaman bungaan, buahbuahan dan sayuran).

“Sesi dialog ini adalah ruang perkongsia­n pengalaman, pengetahua­n, cabaran, inisiatif, perbelanja­an dan sebagainya oleh pemain utama empat cabang industri ini dari dalam dan luar negara bagi memberi inspirasi serta ilmu kepada pengunjung.

“Kita turut membawa pakar antarabang­sa dari Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat untuk bersamasam­a dalam sesi dialog ini.

“Bagi peringkat tempatan pula, kita banyak bekerjasam­a dengan Institut Landskap

Kita turut membawa pakar antarabang­sa dari Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat untuk bersama-sama dalam sesi dialog ini

 ??  ?? SERLAHKAN kreativiti.
SERLAHKAN kreativiti.
 ?? FOTO: ?? BUNGA sebagai hiasan mahkota.
FOTO: BUNGA sebagai hiasan mahkota.
 ??  ?? PUTIH yang melambangk­an kesucian.
PUTIH yang melambangk­an kesucian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia