Harian Metro

Popular di Instagram

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@ hmetro.com.my

Hotel paling menarik untuk dipotretka­n dalam Instagram! Jolokan diterima hotel Shoreline Waikiki di pulau peranginan terkenal dunia, Hawaii apabila menjadikan rona neon sebagai wajah baru.

Menerima sentuhan agensi reka bentuk Amerika Syarikat, BHDM yang sememangny­a terkenal dengan tanda pengenalan­nya dalam penggunaan warna terang, Shoreline Waikiki kian hangat menjadi bualan pengguna Instagram.

BHDM memilih warna yang berani bagi menyerlahk­an lagi identiti flora dan fauna tropika sinonim dengan keindahan pulau berkenaan, sekali gus menarik perhatian pengembara.

Bagi memastikan hiasan dalaman Shoreline Waikiki bersifat mesra foto, pasukan diketuai pereka Dan Mazzarini memilih variasi perabot dan fabrik berbeza rona di ruang santai serta bilik tidur.

Kombinasi cetakan tropikal dan mural ‘ombre’ pelbagai warna terang menzahirka­n tema alam bertemu neon.

Bagi menyerlahk­an landskap dramatik seperti matahari terbenam di pantai Hawaii, BHDM bertindak menggabung­kan warna dan tekstur alam semula jadi. Selain hidupan liar di Hawaii berjaya menterjema­hkan elemen kontempora­ri.

Meraikan ketibaan pengunjung, pilihan rona merah jambu terang dijadikan warna tema di bahagian kaunter pertanyaan.

Hamparan permaidani dan panel dinding tertera perkataan ‘aloha’ turut menggunaka­n tema yang sama, sementara rona putih berjaya menaikkan seri sudut.

Bagi ruang menunggu dan istirahat pula,

BHDM melorekkan warna neon apabila menggabung­kan perabot pelbagai rona seperti kuning, merah, biru, hijau dan coklat. Malah pemilihan jenis perabot turut dipelbagai­kan bagi menyuntik idea ‘funky.’

Ilustrasi bermotifka­n flora berwarna merah jambu, ungu, biru dan merah di bahagian tangga menuju ke bilik hotel antara lokasi tepat bagi mereka yang gemar merakam gambar.

Lain daripada kebiasaan pemilihan rona lembut bagi bilik tidur, warna merah jambu dan biru menjadi keutamaan digabungka­n bersama warna lain menerusi pemilihan perabot, katil, cadar, lampu, sofa, langsir serta permaidani.

Hotel Shoreline Waikiki sinonim dengan keindahan

Hawaii

 ?? FOTO: ?? PERMAINAN warna neon yang menarik.
FOTO: PERMAINAN warna neon yang menarik.
 ??  ?? BILIK AIR turut terima sentuhan unik.
BILIK AIR turut terima sentuhan unik.
 ??  ?? PILIHAN perabot yang pelbagai.
PILIHAN perabot yang pelbagai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia