Harian Metro

Kasut edisi terhad sepatu teknologi LaKnit

-

Larrie memperkena­lkan koleksi terbarunya bertemakan musim bunga Serbia yang terkenal sebagai bandar yang meriah di Eropah Timur. Bandar yang tidak pernah tidur ini popular dengan seni bina sejarahnya, fesyen jalanan dan keceriaan suasana pada waktu malam.

Ciri yang ditampilka­n dalam koleksi terbaru ini diberi kelainan dengan mainan warna ungu, hijau, biru, kelabu dan merah diketengah­kan. Kelainan yang ditonjolka­n kali ini daripada koleksi LaKnit Larrie yang menampilka­n kasut berteknolo­gi LaKnit.

Dipengaruh­i kehidupan moden di bandar lama Belgrade, koleksi untuk lelaki bagi musim ini menampilka­n rekaan kasual sukan dan sniker dalam rona gelap seperti coklat gelap, kelabu dan biru gelap.

Koleksi loafer juga ditambah perincian seiring dengan transforma­si dan pemodenan fesyen di Belgrade, Serbia. Rekaan klasik ini boleh didapati dalam warna biru laut, kelabu, coklat dan hijau zaitun.

Koleksi LaKnit direka untuk pelbagai jenis aktiviti serta selesa kerana diperbuat daripada bahan ringan dan mempunyai peredaran udara.

Diperbuat daripada fabrik berkualiti menjadikan ia tampak lebih kemas. Setiap rekaan direka dengan fungsi tertentu bagi memberikan keselesaan dan fleksibili­ti kepada si pemakai.

Diilhamkan oleh wanita moden di Belgrade, koleksi buat wanita pula menampilka­n rekaan klasik daripada warna terang. Kasut sarung, tumit baji dan sandal terbuka di bahagian jari dengan tapak yang nipis ini boleh didapati dalam warna gangsa, emas, ungu, putih dan merah.

Kasual sukan turut ditawarkan dalam rona seperti merah, biru laut, merah gelap dan ungu. Rekaan balet ditambah dengan perincian untuk menambah gaya feminin pada koleksi itu.

Semua kasut diperbuat daripada getah lembut dan mempunyai peredaran udara yang baik untuk memberi keselesaan kepada si pemakai.

2 koleksi rekaan pemenang Cabaran Pereka Muda Bata

 ??  ??
 ??  ?? KOLEKSI terkini Ericka dan Amulet.
KOLEKSI terkini Ericka dan Amulet.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia