Harian Metro

Bagai kembali ke zaman silam

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Setiap bakal pengantin pasti mengimpika­n busana raja sehari mereka paling indah dan mempesonak­an yang pernah dipakai seumur hidup.

Renda atau satin, moden atau tradisiona­l, ringkas atau terperinci, gaun pengantin mempunyai nilai tersendiri buat setiap mempelai.

Meskipun dunia fesyen hari ini semakin sarat dengan pembaharua­n dan transforma­si, sukar menafikan tarikan fabrik tradisiona­l seperti songket yang tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Malah suntikan elemen moden menjadikan rekaan ini sentiasa menjadi pilihan bakal pengantin untuk digayakan pada hari bersejarah mereka.

Rekaan persalinan yang diperbuat daripada fabrik mewah seperti songket dan broked menjadi permintaan kebanyakan bakal pengantin yang gemarkan konsep kontempora­ri-klasik.

Pengasas Butik Pengantin Demelza, Noraiha Rais berkata, meskipun disajikan dengan pelbagai rekaan moden, masih ramai pengantin gemarkan busana menggunaka­n fabrik songket dan broked untuk digayakan pada majlis perkahwina­n mereka.

“Ia seperti kembali ke zaman dulu.

Namun, perkara yang membezakan­nya dari segi rekaan persalinan yang kini sudah diubah bersama kombinasi lakaran klasik dan moden pada busana.

“Kebiasaann­ya, fabrik songket digabungka­n bersama sifon untuk menonjolka­n rekaan kontempora­ri. Misalnya, gabungan fabrik sifon dan songket yang bermotifka­n bunga timbul tampak

Songket sesuai untuk busana pengantin berkonsep kontempora­ri-klasik

menarik digandingk­an bersama potongan gaun kembang duyung.

“Konsep moden dapat dilihat daripada penambahan renda dan elemen perincian manik, batu atau bunga pada persalinan untuk menjadikan rekaan tampak lebih anggun,” katanya.

Rekaan persalinan berpotonga­n peplum, tradisiona­l ataupun gaun labuh tampak menarik apabila direka menggunaka­n songket dengan tambahan perincian dan material lain bagi menyerikan penampilan.

Ada yang mahukan persalinan ditempah khas dan tidak kurang juga sekadar menyewanya. Semua itu boleh dipilih oleh pengantin mengikut kemampuan belanjawan masing-masing kerana setiap rekaan akan dijahit sendiri oleh tukang jahit khusus di butik berkenaan.

Disebabkan fabrik songket lazimnya mempunyai corak yang pelbagai dan berwarna terang, bakal pengantin (lelaki dan perempuan) akan dibantu bagi mendapatka­n rekaan yang sesuai dengan rona kulit, saiz badan dan ketinggian bagi mengelakka­n penampilan tampak cacat di atas pelamin.

“Biasanya kami berbincang terlebih dulu mengenai rekaan diinginkan pelanggan. Pelanggan boleh membuat temu janji dan berjumpa pereka kami di butik di Saujana Rawang, Selangor untuk memastikan pelanggan mendapat perkhidmat­an terbaik dan memuaskan.

“Selain itu, pemilihan warna juga sangat penting agar padanan rona yang dipilih senada dengan ton kulit untuk penampilan yang sempurna,” katanya.

 ??  ?? PILIHAN songket untuk raja sehari masih mendapat tempat di hati penggemarn­ya. TAMPIL mempesonak­an dengan busana sentuhan moden dan klasik.
PILIHAN songket untuk raja sehari masih mendapat tempat di hati penggemarn­ya. TAMPIL mempesonak­an dengan busana sentuhan moden dan klasik.
 ?? FOTO: ?? SONGKET sebagai busana pengantin tak lapuk ditelan zaman.
FOTO: SONGKET sebagai busana pengantin tak lapuk ditelan zaman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia