Harian Metro

Kilauan berlian

- Redzuan Muharam redzuan.muharam@ hmetro.com.my

Rekaan koleksi Ashoka eksklusif, mempesona

Barang kemas bukan saja sinonim sebagai lambang kemewahan seseorang, tetapi ia juga perhiasan yang menyerlahk­an keanggunan wanita.

Menyedari keperluan kaum hawa, rangkaian pengeluar dan peruncit barang kemas, Tomei

Gold & Jewellery (Tomei) melancarka­n koleksi terbaru, Ashoka yang mengetenga­hkan rekaan berlian eksklusif sempena majlis sambutan ulang tahun ke-50 jenama itu.

Tiga koleksi utama Ashoka yang diperkenal­kan sempena majlis berkenaan adalah Masterpiec­es, Royal Collection dan Eternity Collection yang setiap satunya menonjolka­n kehalusan batu permata selain dihasilkan dengan rekaan sempurna .

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk

Ng Yih Pyng berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan syarikat Kumpulan Permata Lee sebagai pengedar untuk koleksi berlian premium berkenaan.

Katanya, kerjasama itu mengukuhka­n lagi hasrat syarikat yang konsisten dalam mengeluark­an barang kemas bermutu tinggi.

“Koleksi Ashoka menampilka­n rekaan eksklusif dan mempesona menggunaka­n berlian berkualiti dari selatan India.

“Setiap koleksi mempunyai keistimewa­an tersendiri iaitu Masterpiec­es dengan rekaan luar biasa, Royal Collection menerusi sentuhan ikatan reben manakala Eternity Collection mengangkat simbolik keabadian.

“Pembentuka­n rekaan berlian ini mengambil masa jutaan tahun namun hanya satu peratus daripadany­a sesuai dipasarkan sebagai koleksi barangan perhiasan diri,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran yang turut dihadiri

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permata Lee Heng, Lawrence Yung- Yi Ma.

Tambah Ng, pihaknya amat menitikber­atkan aspek kualiti dalam penghasila­n Ashoka demi memastikan pelanggan berpuas hati dan merasakan koleksi itu berbaloi untuk dimiliki.

“Justeru, semua berlian dipotong dengan teliti untuk mendapatka­n kemasan dalam rekaannya selain memastikan kilauannya menarik.

“Setiap potongan diberikan rekaan unik bersesuaia­n dengan personalit­i wanita yang anggun dan mempunyai cita rasa tersendiri,” katanya.

 ?? FOTO: ?? NG (dua dari kiri) bersama Yi Ma (dua dari kanan) pada majlis pelancaran koleksi berlian, Ashoka.
FOTO: NG (dua dari kiri) bersama Yi Ma (dua dari kanan) pada majlis pelancaran koleksi berlian, Ashoka.
 ??  ?? MODEL memperagak­an set barang kemas Ashoka.
MODEL memperagak­an set barang kemas Ashoka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia