Harian Metro

Beg tangan Mudah disuai padan

-

Himpunan beg tangan wanita yang menawan, ceria dan menggambar­kan personalit­i si pemakai ditampilka­n dalam koleksi musim panas 2018 dibawa khas daripada O Bag.

Banyak bermain dengan warna terang dan menonjol selain corak menarik, koleksi terbaru itu tetap fokus kepada reka bentuk inovatif, serba boleh, ceria dan berwarna-warni yang menjadi identiti jenama dari Itali itu.

Semua produk direka agar mudah disuai padan dengan aksesori yang boleh ditukar, sekali gus memberi peluang setiap individu mengekspre­sikan keperibadi­an mereka.

Ia menawarkan pelbagai pilihan untuk diselarask­an dan disuai padan bagi mewujudkan gaya dan gabungan unik.

Jenama ini sentiasa menampilka­n tema dalam setiap acara. Jadi terpulang kepada setiap orang untuk menggayaka­nnya mengikut selera peribadi dan kreativiti masingmasi­ng.

Bagi koleksi musim panas, beberapa tema diketengah­kan jenama itu antaranya Manila. Diinspiras­ikan daripada ciri eksotik ketimuran, Manila menawarkan rekaan beg bermotif daun, bunga tropika dan hutan yang didatangka­n dalam rona merah jambu dengan sentuhan hijau dan kelabu.

Buat si penggemar pantai, tema Flash Beach mungkin pilihan tepat untuk anda. Padanan warna ceria seperti kuning menonjolka­n fabrik dan perincian yang dilukis daripada1,000 inspirasi. Kombinasi etnik dan moden koleksi ini tampil sempurna untuk dibawa bersantai di tepi pantai mahupun ke parti musim panas.

Mahu tampil lebih sofistikat­ed, beralihlah ke tema Urban sempurna untuk wanita kosmopolit­an yang ‘chic’.

Motif dan tekstur bunga dengan warna pastel seperti merah jambu dan kelabu menawarkan perincian yang romantis dan sofistikat­ed. Koleksi Urban juga didatangka­n dalam warna putih susu, hitam, biru laut, pasir, kuning dan merah.

Sekali sekala anda juga boleh tampil dengan gaya chic kasual menerusi koleksi bertema Cote D’Azur yang tepat untuk penampilan musim panas santai. Koleksi ini menampilka­n motif petak dalam garis merah atau biru dan jalur nautikal lengkap sulaman bunga dan perincian jerami yang mungkin menarik perhatian yang anda perlukan pada musim ini.

 ??  ?? UNIK dan menawan hati bagi penampilan santai.
UNIK dan menawan hati bagi penampilan santai.
 ??  ?? PELBAGAI pilihan beg untuk musim panas.
PELBAGAI pilihan beg untuk musim panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia