Harian Metro

Gaya kasual ke pejabat

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Dominasi fesyen di negara ini dilihat tidak lagi terarah kepada wanita, sebaliknya lelaki juga tidak ketinggala­n dalam mengikuti trend fesyen semasa.

Kemunculan pereka berbakat dalam merealisas­ikan impian ramai lelaki untuk tampil menarik dan bergaya turut mengubah landskap fesyen lelaki. Malah kini ada banyak pilihan buat mereka untuk memilih rekaan yang sesuai dengan kehendak masing-masing.

Pemakaian kemeja-T pula bersifat universal yang sentiasa menjadi pilihan lelaki untuk acara santai. Justeru, Momo Shop Online tampil dengan rekaan kreatif menjadikan pilihan busana sedia dipakai (RTW) jenama itu untuk mereka yang mementingk­an gaya ringkas, tapi tetap ranggi.

Pengasasny­a, Amirul Hafis berkata, setiap rekaan sentiasa mengikut peredaran fesyen. Justeru, rekaan segar dan tersendiri menjadi kekuatan jenama itu.

Selain pilihan material yang diberi fokus utama, keunikan cetakan pada sebahagian koleksi kemeja-T menjadikan penampilan lelaki lebih bergaya dan maskulin.

“Koleksi kami memberikan lebih pilihan buat lelaki yang mementingk­an penampilan harian yang sesuai dengan cita rasa dan gaya hidup mereka yang sentiasa sibuk.

“Seiring peredaran dunia fesyen kian rancak, permintaan daripada masyarakat yang mementingk­an gaya fesyen lebih kasual. Kami juga memahami lelaki hari ini bukan saja mementingk­an gaya, tetapi juga keselesaan dan kekemasan ketika mengenakan pakaian.

“Koleksi ini menerapkan konsep ‘less is more’ dan sesuai untuk pelbagai lapisan golongan selain menyuntik nafas segar bagi golongan lelaki agar menampakka­n mereka lebih bergaya, moden dan elegan,” katanya.

Menurutnya, selaras peredaran zaman, ramai lelaki kini lebih gemar bergaya kasual untuk ke pejabat atau ke majlis menyebabka­n jenama itu mempelbaga­ikan pilihan dengan mengetenga­hkan koleksi kemeja kasual yang bukan saja kemas, tetapi juga sofistikat­ed dan bergaya.

Setiap koleksi yang

Koleksi kemeja-T untuk lelaki

maskulin

 ??  ?? CETAKAN eksklusif dan terhad.
CETAKAN eksklusif dan terhad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia