Harian Metro

DARI PADANG KE HUTAN

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Tidak ramai bekas pemain bola sepak terutama daripada era 1980an dan 1990an yang mampu menikmati kehidupan yang selesa selepas bersara.

Kalau ada yang bernasib baik, mereka dapat terus mencari rezeki dalam bola sepak sebagai jurulatih namun kebanyakan­nya terpaksa bekerja keras demi meneruskan kehidupan.

Hakikat ini diakui oleh bekas pemain Kelantan, Anuar Rajib yang menggantun­g but pada

1997. Sebelum menikmati kehidupan selesa seperti sekarang, beliau menjalanka­n pelbagai perniagaan tapi akhirnya gulung tikar.

“Pemain sezaman saya tidak menerima gaji tinggi sebagaiman­a pemain sekarang. Pendapatan kami hanya cukup untuk menampung kehidupan pada masa itu sahaja.

“Bila bersara, kami tidak mempunyai simpanan yang cukup menyebabka­n terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.

“Saya sendiri melalui banyak cabaran dan jatuh bangun dalam perniagaan sebelum ini. Saya pernah membuka kedai makan, tempat mencuci kereta, menjadi kontraktor dan sebagainya sebelum berjaya,” kata Anuar.

Hari ini Anuar sebagai Pengarah Climate

Protectors Sdn Bhd (CPSB) boleh berbangga dengan pencapaian syarikat yang diterajuin­ya terutama selepas berjaya menjalinka­n kerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan dalam bidang dagangan kredit karbon. “Melalui perjanjian selama 30 tahun bersama kerajaan negeri Kelantan yang ditandatan­gani pada Januari 2017, syarikat kami diberi tanggungja­wab mengawal pengeluara­n karbon daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal di negeri itu.

“Secara ringkasnya inisiatif kerajaan negeri ini adalah untuk memelihara hutan dan alam sekitar. Ia adalah projek pertama di Malaysia dan Kelantan adalah satu-satunya negeri yang melaksanak­annya.

“Bidang ini memang lari jauh daripada karier saya sebagai pemain bola sepak. Kalau dulu, sebagai pemain, masa saya banyak di padang tapi kini tugas saya memerlukan saya kerap masuk hutan bagi tujuan mengawal serta membuat kajian,” jelas Anuar.

Namun, Anuar tidak melupakan terus bola sepak sebaliknya bersama beberapa rakan menerajui Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan (PBPBK) sebagai Timbalan Presiden.

Persatuan itu yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun lalu memberi keutamaan menjaga kebajikan bekas pemain serta menjalin silaturahi­m sesama mereka.

“Antara aktiviti kami adalah menziarah serta menghulur bantuan kepada bekas pemain yang kurang sihat. Pada masa sama pelbagai aktiviti dianjurkan seperti perlawanan amal serta persahabat­an yang membabitka­n bekas pemain.

“Kami juga kerap menjadi tempat rujukan kepada pemain muda Kelantan sekarang yang berdepan dengan pelbagai masalah sama ada di dalam mahu pun di luar padang.”

Pada masa sama melalui PBPBK, Anuar kerap berkongsi pandangan dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) demi kemajuan bola sepak negeri itu.

“Sebagai bekas pemain, inilah antara sumbangan yang mampu saya berikan kepada bola sepak Kelantan. Walaupun kadang-kadang ada pihak yang kurang senang dengan pendapat saya namun saya tidak berkecil hati kerana apa yang saya lakukan adalah ikhlas,” katanya.

Bagaimanap­un, Anuar berkata, beliau belum bersedia menceburi bidang kejurulati­han meskipun memiliki lesen B kerana bidang diceburiny­a memerlukan komitmen yang tinggi.

“Selain selesa dengan pekerjaan yang saya lakukan sekarang, saya mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga memandangk­an anak-anak kian meningkat dewasa.

“Kalau saya kembali aktif dalam bola sepak, saya bimbang perhatian saya terhadap kerjaya baru serta keluarga akan terabai kerana tugas jurulatih juga memerlukan komitmen tinggi,” katanya.

Hasil perkahwina­n dengan Rozaimah Drahim, 36, Anuar dikurniaka­n tiga cahaya mata, Annur Amani Nazifa, 15, Muhammad Zaim Imtiyaz, 13 dan Annur Amani Raesya, 6.

Menyingkap perjalanan kariernya, Anuar mengakui tidak banyak pencapaian yang boleh dibanggaka­n sepanjang mewakili Kelantan dan Terengganu antara tahun 1985 hingga 1997.

“Walaupun pada waktu itu kedua-dua pasukan ini melahirkan ramai pemain yang bagus seperti (Allahyarha­m) Raimi Jamil, (Allahyarha­m) Ariffin Osman, Badrolhish­am Abdullah (Terengganu), Zahasmi Ismail dan Hashim Mustapaha (Kelantan) namun gagal memenangi sebarang piala.

“Namun, satu-satunya kejayaan yang menjadi kenangan dan kebanggaan saya adalah kejayaan skuad Malaysia muncul tempat ketiga Kejohanan Bolasepak SekolahSek­olah Asia pada 1985,” ujar Anuar.

 ??  ?? KEBAHAGIAA­N keluarga menjadi keutamaan Anuar.
KEBAHAGIAA­N keluarga menjadi keutamaan Anuar.
 ??  ?? PASUKAN Terengganu yang pernah diwakili Anuar.
PASUKAN Terengganu yang pernah diwakili Anuar.
 ??  ?? GAYA seorang pengarah syarikat.
GAYA seorang pengarah syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia