Harian Metro

Apa sudah jadi Selangor?

-

Dalam suasana tradisi, sejarah dan keunggulan

Piala Malaysia, juara 33 kali Selangor harus menjadi pasukan nombor satu untuk mengangkat martabat bola sepaknya. Kita ketepikan dulu pencabar utamanya satu ketika dulu, Singapura.

Namun, apa yang sudah, sedang dan akan berlaku kepada Selangor ketika ini? Rasanya tiada pasukan lain yang cemburu kalaupun ruangan tulisan minggu ini dikhaskan kepada cerita skuad Merah Kuning atau ‘The Red Giants’ dalam istilah bahasa Inggeris kebelakang­an ini.

Sudah agak lama peminat bola sepak tanah air akur tiada lagi dominasi Selangor dalam kancah Piala Malaysia. Apatah lagi dengan gelombang era pasukan Harimau Selatan, JDT selaku pasukan paling berjaya di Malaysia sejak lima tahun lalu.

Imej pasukan Selangor tidak lagi digeruni dalam Piala Malaysia. Sebaliknya semakin ketara pula sindiran bahawa bola sepak Selangor sudah boleh ‘masuk gua’ ataupun rekod kejuaraan mereka dalam Piala Malaysia hanya sesuai sebagai bahan sejarah di muzium.

Tak perlulah terlalu lantang mahu mengaibkan reputasi Selangor kebelakang­an ini. Malah, dalam persaingan yang mudah turun naik dalam kalangan pasukan lain, kecuali JDT, masih tidak mustahil Selangor buat kejutan untuk pergi jauh dalam Piala Malaysia 2018.

Memang tidak semudah itu. Sesungguhn­ya bola sepak Selangor terpalit dengan pelbagai isu pengurusan dan lebih kronik lagi ialah kegagalan membentuk sebuah pasukan yang jitu dan layak meneruskan tradisi hebat Selangor.

Apa sudah jadi Selangor? Anehnya, prestasi pasukan Selangor tidak mampu disuntik, malah tambah merudum selepas kejayaan melaksanak­an ‘Misi 33’, merangkul Piala Malaysia buat kali ke-33 selepas mengetepik­an Kedah pada perlawanan akhir 2016.

Memang malang buat sebuah pasukan yang banyak menyumbang kehebatan bola sepak Malaysia pada tahun 1970an dan 80-an menerusi barisan pemain lagenda seperti Ghani Minhat, Arthur Koh, N Thanabalan, Soh Chin Aun, Santokh Singh, R Arumugam dan Mokhtar Dahari.

Ramai lagi sebenarnya pemain Selangor yang juga muncul sebagai lagenda bola sepak tanahair. Boleh juga peminat bola sepak negara mengimbas kehebatan pemain handalan terkini yang melambangk­an kehebatan bola sepak Selangor seperti Azman Adnan, Mubin Mokhtar, K Sanbagamar­an dan Amri Yahyah.

Kekalahan 0-3 di tangan pasukan kelab dari Perak, PKNP pada aksi sulung Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, 4 Ogos lalu,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia