Harian Metro

RAHSIA DI SEBALIK NAMA KANCIL

-

Semasa kanak-kanak dahulu, antara buku cerita yang Spy Bola suka baca adalah kisah Sang Kancil, binatang yang digambarka­n mempunyai kepintaran sehingga mampu memperdaya harimau dan buaya.

Jadi, bila mendapat tahu pemain PKNP FC, Hafiz Ramdan diberi nama timangan Kancil,

Spy Bola tertanya-tanya bagaimana dia memperoleh nama itu dan apa kaitannya?

Adakah kerana tubuhnya yang kecil atau dia mempunyai kepintaran seperti binatang itu atau disebabkan kepantasan­nya yang mungkin disamakan dengan kereta nasional, Kancil?

“Sebenarnya, saya mendapat nama timangan itu sejak berusia 11 tahun. Ia diberi oleh seorang guru yang saya panggil Cikgu Jad semasa saya menyertai ujian pemilihan untuk mewakili daerah Larut Matang/ Selama ke kejohanan bola sepak Majlis Sukan SekolahSek­olah Perak.

“Kebetulan ada seorang pemain yang memiliki nama hampir sama iaitu Afiq. Malah wajah, saiz badan serta warna kulit kami hampir sama sehingga ramai menyangka kami adikberadi­k.

“Apatah lagi kami bermain pada posisi sama iaitu sayap kiri. Situasi ini menyebabka­n ramai termasuk Cikgu Jad keliru. Akhirnya, dia memanggil saya dengan nama Kancil untuk membezakan kami berdua.

“Saya sangka, selepas selesai pemilihan, hilanglah nama timangan itu tapi ternyata ia kekal sehingga sekarang,” cerita Hafiz.

Menurut Hafiz, walaupun pada awalnya dia berasa agak malu dipanggil dengan nama itu tapi akhirnya dapat menerima malah menganggap ia membawa tuah kepada kariernya.

“Sekarang saya sudah selesa dengan nama itu, bila ada yang memanggil saya Hafiz, saya berasa janggal kerana kecuali dalam kalangan keluarga dan orang kampung di Batu Kurau, semua orang memanggil saya Kancil,” katanya.

Spy Bola: Nama macam Mat Salleh. Satu lagi berita gembira yang Spy Bola terima baru-baru ini adalah kad undangan ke majlis perkahwina­n Nursyafiqa­h Nadhirah Kamarul Zaman dengan pasanganny­a, Muhammad Zaqie Alwi pada 9 September nanti.

Kalau tidak ada aral melintang, Spy Bola memang tidak mahu melepaskan peluang hadir ke majlis itu kerana ayah Nursyafiqa­h, Kamarul Zaman Yusof adalah sahabat baik Spy sejak lebih 20 tahun lalu.

Kamarul Zaman atau mesra dengan panggilan Kem dalam kalangan kawan-kawan adalah bekas pemain bola sepak era 1980an hingga 1990an, mewakili Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Kem, Nursyafiqa­h adalah anak ketiganya. Anak sulung dan kedua, Nazirul Ashraf dan Nursyahira­h Nabila juga sudah mendirikan rumah tangga.

“Cuma belum ada rezeki nak timang cucu,” kata Kem.

Tak mengapalah

Kem, sampai rezeki esok berduyun-duyun cucu datang serentak. Takut atuknya pula tak terlayan.

Spy Bola: Fobia dengar kompang!

 ??  ??
 ??  ?? KAMARUL dan keluarga bakal sambut orang baru
KAMARUL dan keluarga bakal sambut orang baru

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia