Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: AUTA TV 3, 9.02 malam CEREKARAMA: ARAFAH TV 3, 12.30 tengah malam TV3 CINEMA: LARA CROFT - TOMB RAIDER

Nizam tinggal sebatang kara di kampung dengan harta yang ditinggalk­an arwah bapanya.

Dia menyimpan hasrat untuk mencari jodoh namun kerana sikapnya yang malas, dia bimbang tidak ada wanita mahu menerima dirinya.

Bagaimanap­un, ramai yang ingin menjadikan Nizam sebagai menantu kerana sering ke masjid dan tidak pernah ketinggala­n mendengar ceramah Ustaz Mus.

Sementara itu, bantuan yang diberikan kepada Faridah membuatkan wanita itu jatuh cinta terhadapny­a.

Faridah yang suka membaca novel terpaksa belajar memasak kerana ingin bersaing dengan Milah yang juga menyukai Nizam.

Salmah, ibu kepada Faridah berharap Nizam dapat menjadi contoh kepada suaminya, Sulaiman.

Bagi Sulaiman pula, dia melihat Nizam boleh membantu menaikkan semula perniagaan bengkelnya yang semakin merudum.

PELAKON: Nad Zainal, Shukri Yahaya, Mubarak Majid & Delimawati Arafah bersama anaknya berusia dua tahun duduk di bangku stesen kereta api di Kuala Lumpur.

Kemudian, muncul seorang gadis remaja bernama Shiren duduk di sebelahnya. Dia sedang memandang ke satu arah dengan riak wajah seperti ada masalah.

Melihat keadaan Shiren, Arafah terus terkenang kisah lamanya. Arafah dibesarkan nenek Zah sewaktu berusia setahun hingga 13 tahun selepas ibu dan bapanya berpisah.

Ketika di bawah jagaan neneknya, hidup Arafah sangat berdikari dan akhlaknya masih terkawal.

Disebabkan neneknya yang terlalu mengawal kehidupan remajanya,

Arafah mula tertarik untuk menerima pelawaan ibunya yang menetap di Kuala Lumpur dengan kehidupan lebih ‘urban’.

Nenek Zah kecil hati kerana selepas bersusah payah menjaga Arafah, begitu mudah dia memilih untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, Kamariah di Kuala Lumpur.

PELAKON: Nabila Huda, Keisha Laila, Luqman Hafidz, Ucop, Ku Faridah, Jasmin Hamid & Eizlan Yusof Dalam usaha mendapatka­n sebutir berlian yang berharga, Lara Croft terpaksa berlatih berlawan dengan robot besar di makam masyarakat Mesir. Dia merosakkan robot itu dengan menarik keluar litar di badannya.

Di Venice, Itali, penganut Iluminati giat menjalanka­n usaha mencari kunci yang dipercayai boleh menyatukan ‘The Triangle’.

PELAKON: Angelina Jolie, Jon Voight, Daniel Craig & Noah Taylor

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia