Harian Metro

Memori indah tahun 90-an

-

telefon dari dalam gudang. Apabila diselidiki, ruparupany­a ia adalah bunyi pager lama milik bapanya yang disimpan di dalam gudang.

Berpunca daripada bunyi pager itulah dia terjumpa album foto lama milik ibu dan bapanya.

Dia meluangkan masa membelek satu persatu helaian foto itu dan terjumpa satu foto bapanya ketika masih muda bersama seseorang.

Di belakang foto itu terdapat tulisan ‘Tum, aku mencintaim­u selamanya - Som’.

Apabila bapanya pulang ke rumah malam itu, jangkaan Kong tepat apabila bapanya terus masuk tanpa mempedulik­an orang di dalam rumah. Kemuncakny­a ibu dan bapanya bertengkar.

Ibunya menyebut nama Som dan Kong yang bersembuny­i di sebalik pintu dapat mengagak pertengkar­an mereka pasti berpunca daripada nama wanita yang ada dalam foto yang ditemuinya di gudang siang tadi.

Ketika sedang mencuri dengar pergaduhan itu, tiba-tiba telefon bimbit Kong berbunyi. Keduadua orang tuanya menoleh dan mengetahui Kong mendengar pertengkar­an mereka.

Ketika si ibu pergi, Kong pun memarahi bapanya kerana melayan ibunya begitu. Namun tiada jawapan yang diterima dan bapanya hanya mendiamkan diri.

Kesal dengan keadaan di rumah, dia menghubung­i kawannya untuk mengajak keluar. Namun, tiba- tiba hujan turun. Perbualan Kong dengan temannya menjadi kurang jelas. Kong yang sedang mencari talian kemudianny­a berteduh di pondok telefon awam.

Di sinilah bermulanya Kong dibawa ke masa lalu. Dia sampai ke tahun 1995 di mana ibu dan bapanya masih menjadi sepasang kekasih.

Pada masa itu, Kong mendapati teknologi masih terbatas dalam zaman kegemilang­an muzik alternatif rock.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia