Harian Metro

NASIB ORKID TAK BERNAMA

-

tunggul sebagai tanda kehadiran manusia,” katanya, baru-baru ini.

Beliau berkata, tumbangnya sebatang pokok bermakna mendedahka­n orkid hutan kepada kepupusan kerana pancaran terus sinar matahari selain tidak menerima cukup zat.

Katanya, selain flora itu, tumbuhan herba seperti spesies halia juga menghadapi masalah serupa.

“Orkid dan halia jenis hidupan bercirikan adaptasi fisiologi apabila ia memerlukan kawasan teduhan untuk hidup seperti di lantai hutan atau celah kanopi pokok besar hutan tropika.

“Malang sekali disebabkan tiada usaha mana-mana pihak mengutip dan menyelamat­kan orkid dan herba hutan ini ke kawasan pemulihara­an sebagai spesimen

ia pupus begitu saja. “Pemulihara­an penting kerana ia menjadi kawasan habitat baru untuk spesies terancam pulih. Sepatutnya kawasan ini boleh diwujudkan pemegang konsesi balak sebelum mereka mulakan aktiviti.

“Ia boleh jadi tempat singgahan sementara untuk memulihkan hidupan ini, malah boleh juga dibangunka­n menjadi tarikan ekopelanco­ngan seperti di Sepanyol, Mexico, Amerika Latin dan Australia,” katanya.

Walaupun Terengganu mewujudkan Taman Orkid di pulau di Tasik Kenyir, Dr Jamilah berkata, ia hanya berkonsepk­an (tontonan) tetapi tiada unsur konservasi.

“Sedangkan informasi saintifik seperti jenis, ciri, pengecaman, ekologi dan biologi spesies yang dipamerkan amat penting untuk maklumat pelancong.

“Mungkin tiba masanya Jabatan Perhutanan Negeri bekerjasam­a dengan kerajaan tempatan dan pemegang konsesi balak untuk mewujudkan kawasan pemulihara­an di setiap daerah yang terbabit pembalakan demi menyelamat­kan orkid dan flora liar lain.

“Selain itu, ia juga menjadi ruang pelanconga­n, malah peluang untuk kakitangan jabatan mengenali lebih dekat sumber hutan yang terancam dan tidak terbatas bagi kumpulan penyelidik semata-mata,” katanya.

Beliau juga enggan menyalahka­n tindakan penggemar orkid yang ke hutan memetik tumbuhan itu kerana baginya, nasib orkid lebih terbela di tangan pencinta itu berbanding mati akibat penerokaan.

“Sekiranya pihak berkuasa bimbang isu penceroboh­an berbangkit disebabkan hobi individu mencari orkid liar, undang-undang lebih kemas menangani isu itu boleh dilaksanak­an,” katanya.

 ??  ?? DR Jamilah (kiri)
membuat penyelidik­an di lapangan berhampira­n pantai
di Terengganu.
DR Jamilah (kiri) membuat penyelidik­an di lapangan berhampira­n pantai di Terengganu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia