Harian Metro

Perlu komitmen, pakar berpengeta­huan

-

Kuala Terengganu: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) mengkaji kemungkina­n membuka kawasan khas pemulihara­an spesies orkid selain tumbuhan herba secara

Pengarahny­a, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, pihaknya meneliti kawasan sesuai bagi menyelamat­kan flora itu daripada kepupusan.

“Orkid sumber hutan sama seperti rotan, buah hutan, halia, keladi dan bunga pakma yang mempunyai nilai tersendiri dan wajar dilindungi daripada kemusnahan akibat pembalakan.

“Walaupun kemusnahan biodiversi­ti terkawal di kawasan konsesi balak, perkara lebih membimbang­kan adalah kegiatan pembalakan haram yang tidak prihatin terhadap flora fauna di hutan simpan kekal.

“Kami juga sedar usaha menyelamat­kan sumber hutan yang mempunyai nilai tertentu terbatas kerana ia memerlukan komitmen tinggi serta pakar berpengeta­huan mengenainy­a,” katanya.

Berikutan itu, Ahmad Fadzil berkata, pihaknya sedia berkongsi maklumat dan kepakaran dengan penyelidik dan penuntut universiti untuk memulihara spesies flora terancam.

Katanya, golongan itu lebih berpengeta­huan dalam memastikan habitat baru orkid dan pokok herba tidak terencat dengan perubahan iklim.

“Lagipun penuntut universiti dan penyelidik mempunyai kajian di lapangan. Secara tidak langsung cara ini boleh mendedahka­n mereka mengenai ancaman terhadap kelestaria­n hutan kita.

“Kami juga boleh melahirkan pakar tumbuhan hutan dan mengukir nama apabila menemui spesies baru dalam kawasan konsesi pembalakan,” katanya.

 ??  ?? PEMBALAKAN haram tidak terkawal mengancam biodiversi­ti hutan.
PEMBALAKAN haram tidak terkawal mengancam biodiversi­ti hutan.
 ??  ?? ANTARA spesies hutan bernilai tinggi yang diancam kepupusan.
ANTARA spesies hutan bernilai tinggi yang diancam kepupusan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia