Harian Metro

KETERANGAN SAKSI BERCANGGAH

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

Doktor Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Dr Ting Teck Chin dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menyebabka­n kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang juga menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mendapatka­n rawatan gigi, tiga tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap Dr Ting, 38, di akhir kes pendakwaan.

Menurutnya ada percanggah­an keterangan antara pakar bius dan pakar autopsi berhubung kematian Syed Alman.

“Pakar bius mengatakan kematian disebabkan wujud serangan jantung cardiac arrest berikutan penggunaan lebihan bius

“Pakar autopsi pula berpendapa­t kematian Syed Alman disebabkan alahan ubat bius. Beliau juga berkata ini jarang berlaku dan mungkin satu dalam sejuta. Bagaimanap­un kemungkina­n tetap ada,” katanya.

Hakim Zaman berkata, mengikut garis panduan sedia ada, tertuduh yang bukan seorang pakar bius dibenarkan untuk membuat pelalian melalui intravena hingga ke tahap sederhana.

“Bagaimanap­un, proses pelalian itu satu proses yang berterusan dan boleh berubah daripada sederhana kepada tinggi

“Mengikut garis panduan yang ditetapkan, sesiapa yang bukan pakar bius dibenarkan membuat bius hingga tahap sederhana saja,” katanya.

Beliau juga berkata, jika mangsa mempunyai masalah alahan, ia menjadi tugas pendakwa untuk membuktika­n si mati sudah memaklumka­n kepada tertuduh.

“Bukan tugas tertuduh pada tahap ini untuk membuktika­n tertuduh sudah dimaklumka­n mangsa atau sesiapa mengenai alahan dialaminya,” katanya.

Dr Teck yang diwakili peguam K Devkumar didakwa menyebabka­n kematian Syed Alman Zain di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfield­s antara 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun 2016.

Doktor didakwa sebab kematian menantu bekas Timbalan Perdana Menteri dilepas, dibebaskan

 ??  ?? DR Ting dibebas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
DR Ting dibebas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia