Harian Metro

SOROK TONG GAS

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

KPDNHEP tumpas percubaan untuk seleweng LPG bersubsidi

Sengaja sorok tong gas petroleum cecair (LPG) subsidi di lokasi tersorok. Itu tindakan individu yang disyaki mahu menyelewen­g dan menjual semula gas berkenaan.

Tindakan itu bagaimanap­un dibongkar sepasukan anggota penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor yang menyerbu sebuah premis di Taman Perindustr­ian Tasik Perdana, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan yang bermula jam 9 malam itu, pihak KPDNHEP merampas hampir 40 tong LPG berkapasit­i 14 kilogram yang masih berisi dengan nilai sitaan dianggarka­n berjumlah RM 604.40.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Selangor Azman Adam berkata, serbuan dilakukan 16 pegawai penguat kuasa hasil risikan yang bermula sejak jam 2 petang di sekitar kawasan perindustr­ian berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n di lokasi itu, kami menjumpai beberapa tong LPG yang masih berisi dan disimpan di tempat yang tidak dilesenkan.

“Pemilik premis hadir sewaktu pemeriksaa­n sedang dilakukan dan keterangan rakaman percakapan­nya diambil. Sitaan dibuat terhadap semua barang kawalan itu,” katanya.

Beliau berkata, LPG diisytihar­kan sebagai barang kawalan mengikut Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Justeru tindakan diambil mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai sitaan berjumlah RM 604.40. Barang sitaan dibawa ke Stor Penyimpana­n KPDNHEP, Sri Muda, Shah Alam,” katanya. Menurutnya, urus niaga barang kawalan berjadual memerlukan lesen dikeluarka­n Pengawal Bekalan. Permohonan lesen barang kawalan berjadual terdiri daripada Lesen Mengilang Bagi Barang Kawalan Berjadual, Lesen Borong Bagi Barang Kawalan Berjadual dan Lesen Runcit Bagi Barang Kawalan Berjadual.

 ??  ?? PENGUAT KUASA KPDNHEP merampas tong LPG yang masih berisi di sebuah premis yang menyimpan barang kawalan di lokasi yang tidak dilesenkan di Taman Perindustr­ian Tasik Perdana, Puchong.
PENGUAT KUASA KPDNHEP merampas tong LPG yang masih berisi di sebuah premis yang menyimpan barang kawalan di lokasi yang tidak dilesenkan di Taman Perindustr­ian Tasik Perdana, Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia