Harian Metro

RANGSANG PASARAN HARTANAH

- Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

Dasar perumahan baharu yang diperkenal­kan kerajaan akan membolehka­n pasaran hartanah Malaysia dijangka kembali rancak tahun depan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, pasaran hartanah Malaysia pada masa ini agak mencabar namun masih berpotensi.

“Hasil penyelidik­an dan jangkaan daripada badan perundinga­n yang boleh dipercayai menunjukka­n pasaran secara rawak akan meningkat secara perlahan selepas ada peningkata­n keyakinan serta kewujudan sentimen baharu dalam pasaran.

“Pasaran hartanah kini tidak terlalu teruk dan masih positif meskipun sedikit perlahan. Ia dijangka akan lebih baik pada tahun depan kerana kerajaan akan mengumumka­n beberapa dasar perumahan baharu dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan hartanah

ekspo

di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Raja Kamarul Bahrin berkata, pihaknya yakin menerusi pengumuman dasar perumahan baharu oleh kerajaan akan merangsang pertumbuha­n pasaran dan memberikan dimensi berbeza dalam semua peringkat perumahan negara.

Selain itu, katanya Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

„ Dasar perumahan baharu bakal beri dimensi

berbeza dalam semua peringkat perumahan

juga sedang meneliti dan mendapatka­n maklumat daripada pelbagai pihak merangkumi semua peringkat perumahan dalam usaha untuk menjadikan sektor hartanah tempatan lebih dinamik.

“Dalam hal ini, sekali lagi saya tegaskan mengenai kepentinga­n mewujudkan pangkalan data yang mengandung­i pelbagai maklumat pemilikan rumah bagi memastikan pengagihan menepati sasaran serta keperluan mereka yang layak,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, rumah mampu milik dan perumahan rakyat miskin akan terus menjadi keutamaan kerajaan.

Katanya, ia satu cabaran untuk pemaju swasta dan badan kerajaan kerana sistem itu perlu diperkemas­kan terutama dari segi pengagihan rumah mampu milik kepada golongan yang layak serta memerlukan.

 ??  ?? RAJA Kamarul Bahrin (tengah) melihat model bangunan selepas merasmikan ekspo hartanah The People’s Property Expo 2018, semalam.
RAJA Kamarul Bahrin (tengah) melihat model bangunan selepas merasmikan ekspo hartanah The People’s Property Expo 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia