Harian Metro

Bermaz lancar Mazda6, CX-3 baru

-

Georgetown: Bermaz Auto Bhd melancarka­n model kenderaan penumpangn­ya, Mazda6 dan kenderaan utiliti sukan (SUV), CX-3.

Harga yang ditawarkan bagi model CX-3 adalah RM121,134 bagaimanap­un, harga bagi Mazda6 belum diumumkan.

Mazda6 ditawarkan dalam tiga varian iaitu SKYACTIV-G 2.0 liter, SKYACTIV-D 2.5 liter dan SKYACTIV-D 2.2 liter.

Kedua-dua model berkenaan turut ditawarkan dalam tujuh warna iaitu Snowflake White Pearl, Sonic Silver, Jet Black, Deep Crystal Blue, Soul Red Crystal, Machine Grey dan Titanium flash.

Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz Auto, Datuk Seri Ben Yeoh berkata, pihaknya komited untuk menyerap kadar ditetapkan bagi sistem percukaian baru, Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bagi setiap tempahan diterima sebelum 1 September ini.

“Serapan SST ini bergantung kepada model yang akan diumumkan kerana kita melihat ada perubahan harga dan memutuskan untuk menyerap perbezaan nilai berkenaan.

“Pengukuhan mata wang negara berbanding Yen juga memberi kesan kepada kos pengeluara­n kereta. Justeru, kita akan memberi faedah kepada pengguna dengan menyerap kadar SST bagi suatu tempoh ditetapkan,” katanya pada majlis pelancaran yang diadakan di sini, semalam.

Menurutnya, Mazda6 menggabung­kan butiran premium dan teknologi berasaskan falsafah pembanguna­n sentrik manusia Mazda dengan semua perincian dikaji semula bagi meningkatk­an penampilan dan prestasi keseluruha­nnya.

Ia juga diperhalus­i dengan perubahan rekaan luar yang memberi tumpuan kepada cita rasa premium dan elegan, selain bahagian bampar dilengkapi ruang udara bagi meningkatk­an prestasi aerodinami­k dengan menyalurka­n udara ke bahagian tayar hadapan.

Rekaan dalamannya turut diperhalus­i secata komprehens­if, termasukla­h meluaskan reka bentuk papan pemuka, selain ruangan MAZDA CONNECT infotainme­n dilebarkan kepada ukuran lapan inci.

 ??  ?? MODEL baru Mazda 6.
MODEL baru Mazda 6.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia