Harian Metro

BALASAN SETIMPAL

- Agensi

„ Tiga lelaki ditembak mati, mayat digantung

kerana liwat, bunuh budak lelaki 10 tahun

Tiga fidofilia ditembak mati di khalayak ramai sebelum mayat mereka digantung dari kren kelmarin sebagai hukuman atas perbuatan kejam meliwat dan membunuh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Yaman.

Daily Mail melaporkan, kejadian itu dapat dilihat menerusi beberapa gambar yang mengerikan yang menunjukka­n mayat perogol berbaju biru itu tergantung di hadapan orang ramai di Sanaa.

The Metro menamakan tiga tertuduh itu sebagai Abdul Jalil al-Ashhab, 19, Mohammed Said al-‘Uqri, 27, dan Ghaleb al-Rashdi, 19.

Dengan tangan bergari, ketiga-tiga mereka sebelum itu diarahkan memandang ke bawah sebelum ditembak lima kali pada bahagian jantung.

Kemudian, mayat mereka dinaikkan menggunaka­n kren dan dibiarkan tergantung untuk memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan terbabit.

Orang ramai yang lalu di kawasan itu turut mengambil gambar menggunaka­n telefon bimbit.

Yaman yang terletak di selatan Arab Saudi antara negara pelaksana hukuman tertinggi dunia atas kesalahan jenayah kejam termasuk bunuh, rogol dan keganasan.

Hukuman mati juga digunakan mengikut undang-undang syariah bagi kesalahan berzina, salah laku seksual, liwat, pelacuran, kufur dan murtad.

Kelmarin, seorang lelaki disalib di Arab Saudi kerana menikam mati seorang wanita.

Lelaki berasal dari Myanmar sebelum itu dipancung dan mayatnya diikat pada salib di Makkah.

 ??  ?? TERTUDUH melutut sebelum hukuman dilaksanak­an. - Daily Mail
TERTUDUH melutut sebelum hukuman dilaksanak­an. - Daily Mail
 ??  ?? MAYAT tiga lelaki itu digantung dari kren sebagai peringatan untuk orang ramai. - Daily Mail
MAYAT tiga lelaki itu digantung dari kren sebagai peringatan untuk orang ramai. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia