Harian Metro

PROTES JEMAAH

- Agensi

„ Penduduk Islam etnik Hui bantah rancangan kerajaan

roboh masjid baru

Ratusan penduduk Islam dari etnik Hui di sini, mengadakan mogok duduk membantah rancangan kerajaan meruntuhka­n sebuah masjid baru di Ningxia, barat China, serentak usaha Beijing mengawal ajaran Islam di negara itu.

China secara rasmi membenarka­n kebebasan beragama tetapi kerajaan yang khuatir dengan elemen radikal dan keganasan sejak beberapa tahun ini semakin mengetatka­n kawalan di kawasan majoriti Islam.

Reuters melaporkan, pemerintah Weizhou dalam satu notis bertarikh 3 Ogos lalu berkata, Masjid Besar Weizhou yang memiliki banyak mimbar dan menara mengikut seni bina Asia Barat tidak memiliki permit lengkap sebelum pembinaan.

Sehubungan itu, masjid berkenaan dijadualka­n diruntuhka­n semalam, kata kerajaan dalam notis yang tersebar luas di media sosial dan penduduk Islam China.

Arahan berkenaan menimbulka­n kemarahan penduduk, namun rundingan antara wakil masjid dan kerajaan gagal mencapai sebarang kata sepakat berikutan tindakan jemaah yang menolak perancanga­n kerajaan supaya kubah masjid ditukar kepada bentuk pagoda lebih selaras dengan budaya Cina.

South China Morning Post memetik sumber kerajaan tempatan Ningxia berkata, pihak berkuasa bersetuju tidak merobohkan masjid berkenaan sebaliknya sekadar membuang lapan kubah.

Ratusan penduduk kampung kemudian berhimpun di pekarangan masjid sejak Khamis, manakala datuk bandar Weizhou dijangka mengadakan satu lagi rundingan berhubung perkara itu, kata sumber yang enggan dikenali.

“Jika kami bersetuju (dengan rancangan kerajaan), ini bermakna kami menggadaik­an kepercayaa­n agama kami,” kata seorang jemaah dalam satu nota yang dimuat naik ke aplikasi media sosial WeChat.

Penduduk Weizhou yang tidak didedahkan identitiny­a berkata, jemaah masih tidak bersetuju dengan perancanga­n membuang kubah berkenaan.

“Keadaan memang buntu. Jemaah enggan membenarka­n kerajaan menyentuh masjid itu dan kerajaan pun enggan mengalah,” katanya.

Masjid baru itu siap dibina tahun lalu dan menggantik­an bangunan lama berusia 600 tahun yang mempunyai seni bina tradisiona­l China.

Polisi Beijing tegas terhadap amalan agama mengikut budaya China turut melihat larangan golongan muda menyertai kelas agama di masjid dan melarang azan dilaung menggunaka­n pembesar suara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia