Harian Metro

Harap cepat sembuh!

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Menjelang temasya Sukan Asia Indonesia, atlet basikal lasak Malaysia, Noor Quraataina Mamat 23, terpaksa berehat selama dua minggu selepas mengalami kecederaan ketika menjalani latihan, minggu lalu.

Pelumba BMX dari Dungun, Terengganu itu sudah menjalani pemeriksaa­n di Institut Sukan Negara (ISN) dan Pegawai Bahagian Perubatan Sukan, Dr Azril Syazwan Mohd Ali mengesahka­n Quraataina mengalami masalah gegaran otak

(gambar),

dan perlu berehat.

Quraataina ketika dihubungi mengesahka­n dia akan menjalani sesi fisioterap­i dan pemulihan di ISN bagi memastikan dia dapat kembali beraksi.

“Buat masa ini, doktor nasihatkan saya supaya berehat dan melakukan fisioterap­i setiap hari sehingga 14 Ogos. Alhamdulil­lah, kecederaan saya semakin pulih dan boleh kembali menjalani latihan sebelum ke Sukan Asia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Quraataina mendapat motivasi terbaik menjelang Sukan Asia selepas meraih emas acara ‘supercross’ wanita elit di Kejohanan BMX Remaja Kebangsaan Sirkit 2 2018 di Arena BMX Nasional Nilai, Negeri Sembilan hujung minggu lalu.

Bekas penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu pernah mencipta kejutan apabila menjadi wakil tunggal Malaysia memenangi pingat dalam acara berkenaan di Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu.

Pada temasya berkenaan, Quraataina meraih gangsa dengan atlet Indonesia, Elga Kharisma Novanda memenangi emas dan perak menjadi milik atlet Thailand, Chutikan Kitwanitsa­thian.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia