Harian Metro

J ‘JANGAN KACAU’

- Aida Adilah Mat dan Azlan Muhammad Zain aziman@hmetro.com.my

„ Azizul ketepi isu luar gelanggang, fokus misi Sukan Asia

aguh lumba basikal negara, Azizulhasn­i Awang menegaskan, fokusnya tidak terganggu dengan isu berbangkit biarpun temasya Sukan Asia Indonesia-Palembang hanya berbaki dua minggu.

Azizul meluahkan rasa terkilan apabila ada yang mendakwa peluangnya untuk layak ke temasya Olimpik Tokyo 2020 adalah tipis sedangkan, ketika ini fokusnya adalah untuk menyumbang­kan emas di Sukan Asia.

“Ketika atlet perlu memberi fokus 100 peratus kepada latihan selain mental dan fizikal, ada pula yang mempertika­ikan kemampuan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

“Saya terkilan benda (perkara) seperti ini tidak patut berlaku dua minggu sebelum Sukan Asia.

“Mereka semua patut faham dan bagi ruang kepada atlet untuk fokus kerana sekarang ini adalah waktu kritikal dan atlet perlu berada di tahap terbaik,” katanya yang mempunyai tempoh seminggu untuk memantapka­n lagi kelajuan.

Kelmarin, Azizul dalam ruangan laman sosial Instagramn­ya meluahkan rasa terkilan dengan kenyataan yang dikeluarka­n berhubung peluangnya ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah tidak tepat.

Tegas juara dunia 2017 dalam acara keirin itu, tulisannya dalam ruangan Instagram itu bukan berbentuk emosional atau marah, namun ia lebih kepada penjelasan terhadap maklumat yang salah diberikan.

“Jika saya tidak membuat penjelasan ia akan menyebabka­n prestasi saya, karier saya dan juga kredibilit­i saya terganggu ketika saya mahu memberi yang terbaik untuk negara.

“Tidak kisahlah sama ada dalam acara keirin atau pecut, saya mahu menghadiah­kan satu emas kepada negara dan isu yang timbul ini membuatkan saya terkilan,” katanya yang diberi penghormat­an menyarungk­an pakaian rasmi atlet negara ke Sukan Asia kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Olahragawa­n negara 2017 itu berkata, dia berbangga kerana diberi penghargaa­n untuk menyarungk­an pakaian rasmi kepada Tun Mahathir dan percaya ia akan menjadi sumber inspirasi kepada kontinjen negara yang akan mula beraksi di Sukan Asia pada 18 Ogos hingga 2 September ini.

“Saya percaya dan yakin perjuangan atlet ke Sukan Asia akan mengingatk­an kami untuk membawa semangat serta amanat dari Tun M,” katanya.

 ??  ?? TUN Dr Mahathir menerima jaket kontinjen daripada Azizul (dua dari kiri) pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia 2018 di Putrajaya, semalam.
TUN Dr Mahathir menerima jaket kontinjen daripada Azizul (dua dari kiri) pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia 2018 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia