Harian Metro

Laluan sukar skuad ping pong negara

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tiada sasaran tinggi diletakkan buat skuad ping pong negara pada Sukan Asia Jakarta-Palembang susulan terpaksa berdepan cabaran daripada beberapa kuasa besar dalam sukan itu.

Malah, pada temasya sama di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu, skuad ping pong negara terkandas di pusingan awal dan gagal menyumbang sebarang pingat.

Tugas sukar juga dilihat bakal dihadapi skuad kendalian Beh Lee Wei apabila terpaksa melepasi halangan kuasa besar dalam sukan itu termasuk China, Korea Selatan dan Jepun.

Namun, gandingan Ho Ying dan Karen Lyne Anak Dick mungkin menjadi harapan utama negara untuk menyumbang pingat selepas pasangan itu melakar kejutan meraih gangsa bagi acara beregu wanita di Sukan Komanwel pada April lalu.

Sementara itu, barisan pemain lain seperti bintang muda negara Muhammad Ashraf Haikal Muhammad Rizal hanya mengharapk­an kejutan dapat dilakar di bumi Indonesia.

“Kalau nak dapat pingat memang sangat susah, tapi kami akan cuba yang terbaik. Sasaran peribadi saya mahu berada dalam kelompok lapan terbaik dalam mana-mana acara.

“Peratusan nak melepasi pemain hebat dari China dan Jepun memang sangat rendah, tapi apa saja boleh jadi dan saya harap kami dapat memberi persembaha­n terbaik,” kata Ashraf.

Sementara itu, pengurus pasukan Kang Fong Ling menjelaska­n Sukan Asia dijadikan medan untuk memberi pendedahan kepada barisan pemain muda negara.

“Macam Sukan Komanwel sebelum ini, kita tidak letakkan apa-apa harapan tapi Ho Ying dan Karen berjaya menyumbang satu pingat. Bagi Sukan Asia kita tak boleh terlalu mengharap, kita akan cuba tunjukkan prestasi terbaik,” katanya.

 ?? Muhammad Ashraf Haikal Muhammad Rizal ?? Sasaran peribadi saya mahu berada dalam kelompok lapan terbaik dalam mana-mana acara”
Muhammad Ashraf Haikal Muhammad Rizal Sasaran peribadi saya mahu berada dalam kelompok lapan terbaik dalam mana-mana acara”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia