Harian Metro

Akur guna pemain sedia ada

-

Newcastle: Mauricio Pochettino (gambar) menegaskan beliau selesa dengan pendekatan Tottenham ketika pasaran pemindahan pemain, namun ujian sebenar terhadap keputusan kelab yang tidak menandatan­gani seorang pun pemain baru bakal muncul pada kempen Liga Perdana Inggeris yang membuka tirainya hari ini.

Kelab dari utara London itu sering melakukan perkara yang berlainan apabila berada dalam situasi pembelian dan jualan pemain tatkala pengerusi, Daniel Levy mempunyai reputasi yang tidak gentar mengambil keputusan di saat akhir.

Apapun, pada penghujung pasaran semalam, Tottenham tidak membuat sebarang tambahan - kali pertama buat sebuah kelab Liga Perdana tidak menandatan­gani pemain sekurang-kurang seorang ketika pasaran musim panas.

Kini, pengendali Tottenham, Pochettino dijangka akan mengukuhka­n prestasi pasukan dengan barisan pemain sedia ada yang menamatkan saingan di tangga ketiga, musim lalu.

Kunjungan ke Newcastle untuk aksi pembukaan esok mungkin menyajikan beberapa kejutan, meskipun Pochettino harus memutuskan siapakah sembilan pemain yang muncul di separuh akhir Piala Dunia bakal diketengah­kan nanti.

Musim ini turut menyaksika­n kelab itu kembali berpindah ke Stadium White Hart Lane selepas setahun beraksi di Stadium Wembley.

Bercakap menjelang kunjungan ke St James’ Park, Pochettino berkata, beliau tidak begitu mengambil kisah mengenai keputusan berkenaan.

“Sudah tentu sukar untuk difahami apabila Tottenham tidak menandatan­gani atau menjual pemain, tetapi kadang kala dalam bola sepak, kamu memerlukan sikap yang berbeza,” katanya.

“Sekiranya kita gembira dengan skuad dan tidak boleh meningkatk­an keupayaan skuad, kadang kala adalah lebih baik untuk terus kekal dengan skuad sedia ada,” katanya. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia