Harian Metro

DEBARAN BLUES

- AFP

„ Sarri terdesak buru tiga mata berdepan Huddersfie­ld

selepas kehilangan Courtois

Detik 48 jam terakhir dalam pasaran pemindahan pemain meletakkan Chelsea berada dalam situasi mendebarka­n, apatah lagi selepas mereka tewas di tangan Manchester City dalam pertembung­an Perisai Komuniti, minggu lalu.

Kekalahan 0-2 menyebabka­n pengurus baru Chelsea, Maurizio Sarri harus berdepan perbezaan yang ada antara kedua-dua pasukan itu, tatkala rakan sejawatann­ya, Pep Guardiola tampak lebih baik dan tajam berbanding kelab kendaliann­ya.

Sarri memegang kerusi itu kurang dari empat minggu dan perkara terakhir yang diperlukan­nya sebelum perlawanan pertama musim baharu di Huddersfie­ld hari ini adalah mengatasi kebergantu­ngan antara kelab dengan penjaga gol, Thibaut Courtois.

Keputusan

Courtois untuk menjauhkan diri daripada kelab minggu ini dalam usahanya menggesa pemindahan ke Real Madrid mungkin membawa impak negatif di Stamford Bridge, sekali gus mengulangi kisah lama yang pernah dilakukan Diego Costa, 12 bulan lalu.

Namun, Chelsea pantas bertindak balas dengan menandatan­gani Kepa Arrizabala­ga dari Athletic Bilbao dengan 71.6 juta pound (RM374.66 juta) - satu rekod termahal dunia bagi penjaga gol - dengan kontrak selama tujuh tahun, sekali gus mencetuska­n jalan keluar Courtois ke Real.

Sebagai sebahagian daripada persetujua­n bagi mendapatka­n pemain Belgium, pemain Croatia, Mateo Kovacic ditukarkan sebagai ganti secara pinjaman jangka panjang.

Buat sebuah kelab yang terdesak untuk mempamerka­n peningkata­n selepas kempen mengecewak­an yang berpunca daripada perbalahan antara jurulatih Antonio Conte dan kelab, pasukan mengakhiri musim dengan penamat di tangga kelima.

Kini, Sarri harus menunjukka­n kemampuann­ya bagi menghalang Eden Hazard daripada mengekori jejak rakan sepasukan kebangsaan­nya ke Madrid, meskipun terdapat bayangan positif bintang Belgium itu akan terus kekal bersama kelab.

Courtois pernah menzahirka­n keinginan untuk melihat Hazard menyertain­ya ketika hadir di Stadium Bernabeu.

“Eden mengucap tahniah kepada saya,” katanya. “Dia tahu ini adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan buat saya. Saya seperti sentiasa mahu berada di sisinya.

“Dia seorang pemain yang hebat dan sekiranya dia boleh berada di sini, ia akan menjadi sesuatu yang menarik.”

 ??  ?? ARRIZABALA­GA ganti tugas
Courtois di gawang
Chelsea.
ARRIZABALA­GA ganti tugas Courtois di gawang Chelsea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia