Harian Metro

BELUM PUAS HATI

-

„ Kompany optimis Citizens lebih garang buru trofi musim ini Kali ini, apabila saya kembali menjalani latihan, ia cukup berbeza”

Vincent Kompany

Vincent Kompany memberi amaran kepada pencabar Manchester City, juara Liga Perdana Inggeris itu tidak pernah berehat daripada sasaran mahu memburu gelaran selepas mencatat rekod baru, musim lalu.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu meraih 100 mata - rekod baru pada musim lalu dengan mencatatka­n lebih banyak gol serta kemenangan berbanding juara sebelumnya dalam era Liga Perdana.

Diperkuatk­an dengan kehadiran tonggak - Kevin De Bruyne, Sergio Aguero, Leroy Sane, Raheem

Sterling dan David Silva, City berada di landasan tepat untuk sekali lagi mencatat kejayaan baharu apabila saingan musim ini bermula.

Namun, belum ada pasukan yang berjaya mempertaha­nkan gelaran Liga Perdana sejak Manchester United melakukann­ya pada 2008 dan 2009, - ketika City gagal mengekalka­n kedudukan itu walaupun muncul juara pada edisi 2012 dan 2014.

Kapten City, Kompany mengakui pasukan itu kurang ghairah ketika gagal mempertaha­nkan gelaran di bawah kendalian Roberto Mancini dan Manuel Pellegrini, namun pemain Belgium ini menegaskan, mereka kini lebih fokus dengan pendekatan Guardiola.

“Sebelum berkata apa-apa atau melakukan apa-apa pun, kamu mesti menilai dan mengkaji kesilapan atau kelemahan yang kami lakukan sebelum ini,” kata Kompany.

“Secara jujurnya saya boleh katakan, selepas kami muncul juara pada edisi sebelum ini, kami kembali ke kem latihan, setiap pemain menunjukka­n sikap kurang komitmen, tiada intensiti dan hanya sedikit tersenyum.

“Sedangkan, pasukan mahukan yang lebih daripada itu. Kali ini, apabila saya kembali menjalani latihan, ia cukup berbeza,”

Ketika Guardiola menegaskan beliau masih dahagakan lebih banyak kejayaan, ia bermakna City akan tampil dengan lebih garang dan melakukan kesilapan di tahap paling maksimum.

Mereka sudah pun memulakan kempen musim ini dengan cukup positif apabila memenangi trofi Perisai Komuniti selepas menundukka­n Chelsea 2-0 di Wembley, Ahad lalu.

Kini, City bersedia sepenuhnya untuk aksi sulung Liga Perdana menentang Arsenal dan Kompany berkata; “perkara pertama, perkara itu sudah berlalu dan kami mesti berpijak di bumi nyata.

“Keduanya, kami turun menentang Chelsea dengan rekod kami kalah dalam dua aksi Perisai Komuniti sebelum ini dan Chelsea adalah pasukan yang kuat. Kami beraksi dengan baik menentang mereka dan bagi saya, itu satu petanda yang hebat.

 ??  ?? KOMPANY mahu rakan sepasukan beri kerjasama penuh untuk memastikan perancanga­n Guardiola berjaya.
KOMPANY mahu rakan sepasukan beri kerjasama penuh untuk memastikan perancanga­n Guardiola berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia