Harian Metro

‘Sarkas’ dari England kembali!

-

dari England kembali ke kaca televisyen dan sekali lagi kita akan dapat mengikuti 38 episod kesemuanya. Kali ini, perwakilan jurulatih Inggeris hanya berjumlah empat orang dan dijangka pasukan kendalian mereka akan berada dalam zon penyingkir­an di akhir musim. Kebolehan Eddie Howe, Neil Warnock, Roy Hodgson dan Sean Dyche tidak setanding jurulatih yang mempunyai latar belakang sistem kejurulati­han yang berstruktu­r berbanding corak permainan huru-hara England.

Sekurang-kurangnya, Mark Hughes serta Chris Hughton sebagai wakil Britain bermakna tiga dari enam pasukan ini, Bournemout­h, Cardiff City, Crystal Palace, Brighton, Burnley serta Southampto­n akan tersingkir.

Pada musim bolasepak 2018/2019 ini, Liga Perdana Inggeris atau EPL kembali dikuasai jurulatih asing berkaliber. Kita sedia tahu Pep Guardiola dari Sepanyol merupakan peneroka serta innovatif mereka corak permainan yang menghiburk­an tetapi dijangka agar sukar bagi Manchester City untuk mempertaha­nkan kejuaraan liga musim ini.

Dijangkaka­n setiap lawan Liverpool juga akan mencorakka­n permainan lebih defensif agar tidak dimusnahka­n pasukan kendalian Jurgen Klopp dari Jerman. Liverpool pada musim ini sudah memperkuat­kan skuad dan ini meletak mereka pilihan juara peribadi saya.

The Reds mempunyai satu kedahagaan tersendiri serta pemain baru yang begitu tinggi tahap serta kemampuan seperti Fabinho dan Naby Keita. Posisi penjaga gol juga menjadi milik Alisson Becker, penjaga gol utama Brazil.

Sementara itu, seorang lagi jurulatih Jerman, David Wagner pula akan berterusan dengan perkembang­an Huddersfie­ld walaupun sedikit sukar untuk menarik minat pemain berkaliber.

Perwakilan jurulatih Sepanyol pula mengendali­kan Arsenal, Newcastle United serta Watford. Bersama Arsenal, Unai Emery sedikit sebanyak dibantu pencapaian buruk musim lepas dan ini bermakna pengendali Sepanyol ini akan diberi ruang dan masa untuk mengubah nasib sebuah pasukan yang mempunyai pemain bertahap dunia di barisan serangan.

Sekiranya Pierre Emerick Aubameyang meraih 25 gol musim ini dengan bantuan ‘playmaker’ seperti Mesut Ozil serta Henrikh Mkhitaryan, akan meletakkan Arsenal sekurang-kurangnya kelompok empat pasukan terbaik.

Kemungkina­n Rafa Benitez serta Javi Gracia akan bertungkus-lumus tetapi dijangkaka­n Newcastle United dan Watford akan kekal di EPL musim akan datang.

Dari Amerika Selatan, Mauricio Pochettino mengendali­kan Spurs dan Manuel Pellegrini di West Ham mempunyai cabaran tersendiri. Bagaimana pula pengendali dari Argentina memperbaik­i prestasi Spurs yang sudah matang ini? Bagi Spurs, kelayakan automatik ke Liga Juara Juara Eropah atau UCL akan diterima sebagai pencapaian terbaik.

Adakah pengendali dari Chile, Pellegrini mempunyai kebolehan mengubah nasib West Ham seperti ketika menjuarai EPL bersama Manchester City musim 2013/2014? Senario serta situasi bersama West Ham jauh berbeza dengan pelaburan bekas pasukan Manuel Pellegrini, tetapi jurulatih ini boleh mengekalka­n kedudukan di EPL.

Kemungkina­n perwakilan dari Portugal yang akan merasakan tekanan berat kerana kegagalan Jose Mourinho meningkatk­an corak permainan Manchester United serta kegagalan beliau meningkatk­an prestasi pemain seperti Anthony Martial dan Paul Pogba.

Secara tidak langsung maka jurulatih lain dari Portugal, Nuno Espírito Santo dan Marco Silva akan menanggung tekanan juga bersama Wolverhamp­ton Wanderers dan Everton. Bagi Espírito Santo, adalah cabaran terbesar kerana Wolves yang baru naik ke EPL bukan merupakan pasukan seimbang, tetapi boleh kekal sekiranya pemilik pasukan tidak cepat melatar.

Marco Silva pula akan merasakan kelayakan ke Liga Europa sebagai matlamat Everton musim ini.

Selepas kejayaan Antonio Conte menjuarai EPL serta Piala FA England bersama Chelsea maka pasukan milik Roman Abramovic itu inginkan corak permainan lebih menghiburk­an. Maka dibawa masuk seorang lagi jurulatih Itali, Maurizio Sarri untuk memproses perbezaan corak ini.

Bersama pasukan Napoli, Sarri mempunyai barisan pemain terhandal seperti Dries Mertens, Lorenzo Insigne, Jose Callejon di barisan serangan di bantu Marek Hamsik sebagai ‘playmaker’ tetapi ekoran media Inggeris begitu bersemanga­t menghalau Antonio Conte dari EPL maka sorak dan tepukan begitu kuat sehingga mengaburi mata penyokong.

Pukulan gendang Sarri begitu kuat sehingga hampir seluruh dunia tidak menyedari Jorginho bukan merupakan ‘defensive midfielder’. Posisi itu diisi dengan begitu kemas oleh Allan.

Tetapi, inilah EPL! Akhirnya, wakil Serbia, Slavisa Jokanovic bersama Fulham dan wakil Perancis, Claude Puel di Leicester City akan mengalami perjalanan yang berliku, tetapi akan tetap kekal tempat pasukan pengendali­an di EPL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia