Harian Metro

‘Bukan misi balas dendam’ VISI TMJ

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tiada istilah balas dendam buat juara 33 kali, Selangor apabila melayan kunjungan Pahang pada aksi kedua Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Meskipun berpeluang untuk menebus kekecewaan di tangan skuad Tok Gajah selepas mereka tumbang 0-2 pada aksi final Piala FA sebelum ini, namun jurulatih Nazliazmi Nasir mahu anak buahnya supaya fokus untuk meraih kemenangan pertama pada kempen kali ini.

“Kalau kita terlalu fikir untuk balas dendam, ia mungkin mengganggu fokus pemain secara keseluruha­n.

“Jadi, kita perlu meletakkan fokus sepenuhnya untuk kembali bangkit bermula dengan aksi menentang Pahang malam esok (malam ini). Kita akan menggunaka­n pendekatan yang berbeza selepas ini.

“Sudah pasti kami tidak mahu membenarka­n Pahang mencuri mata di laman kami. Itulah matlamat kami,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut persiapan pasukannya itu, Nazliazmi mengaku sedikit rombakan akan dilakukan dalam kesebelasa­n utama sebagai usaha untuk mengekang Pahang.

“Mungkin akan ada sedikit perubahan dan kita lihat nanti. Tiada masalah untuk pemain kerana tiada yang mengalami kecederaan serius setakat ini.

“Persediaan juga berjalan seperti biasa namun kita bekerja keras untuk memperbaik­i aspek pertahanan dan juga di bahagian serangan untuk aksi malam esok (malam ini),” katanya.

Kegagalan meraih kemenangan ke atas Pahang akan meletakkan skuad The Red Giants lebih tertekan memandangk­an mereka hanya tinggal satu lagi aksi di laman sendiri bertemu Sabah selepas ini.

Selepas dikejutkan PKNP

gol mahupun membuat hantaran berkualiti kepada rakan sepasukan,” katanya.

Setakat ini, Melaka berada di kedudukan ketiga Kumpulan B yang diterajui PKNS. FC 0-3 pada aksi pertama sekali gus menghuni tangga tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata, sudah tentu

Selangor terdesak untuk mengutip mata penuh bagi memperbaik­i kedudukan.

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim percaya rombakan besar-besaran terhadap barisan kejurulati­han tidak akan menjejaska­n misi pasukan dalam memburu lebih banyak kejuaraan.

Safiq berkata, perancanga­n pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merombak barisan kejurulati­han itu membuktika­n beliau memiliki visi tersendiri dan hanya mencari individu yang boleh bekerja bersamanya.

Malah, bekas pemain tengah Selangor itu turut mengaku pelbagai kejayaan yang diraih JDT selama ini adalah disebabkan perancanga­n dan visi Tunku Ismail sendiri

meskipun ramai jurulatih dan pemain saling ‘keluar masuk’.

“TMJ tahu apa yang mahu dilakukan. Jika anda sedar dan mengamati sejarah sejak dari permulaan kelab pada 2013 sampai ke hari ini, baginda melakukan perkara secara konsisten iaitu sentiasa berjaya membuktika­n orang lain salah.

“Sejak awal tiada orang lebih tahu apa yang terjadi dalam kelab kecuali TMJ. Ramai juga yang tak yakin.

“Selalunya, ada saja macam-macam persepsi dan teori berkenaan JDT tetapi kejayaan pasukan hari ini adalah kerana seorang individu dan kita semua tahu siapa yang dimaksudka­n.

“Berapa banyak jurulatih dan pemain yang datang dan pergi?” katanya menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers, semalam.

Dalam masa sama, pemain tengah kebangsaan itu turut mengharapk­an akan adanya filem atau dokumentar­i yang menceritak­an apa yang terjadi di belakang tabir JDT dan bagaimana individu berkenaan mengubah pasukan menjadi sebuah kelab hebat.

Terdahulu, tidak sampai 24 jam sebelum aksi kedua Kumpulan C Piala Malaysia bertemu Kedah semalam, juara bertahan Piala Malaysia itu membuat kejutan apabila menukar ketua jurulatih dan penolong ketua jurulatihn­ya.

Jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Benjamin Mora dilantik ketua jurulatih buat kali kedua dan beliau akan dibantu Hamzani Omar yang turut bersamanya ketika mengendali­kan JDT II serta bekas pemain, Luciano Figueroa selaku pengurus.

Sementara itu. kekosongan yang ditinggalk­an Mora dan Hamzani menyaksika­n jurulatih Johor Darul Ta’zim III (JDT III), Ervin Boban dinaikkan pangkat mengendali­kan JDT II dengan kapten JDT II, Shakir Shaari pula akan dihantar menjalani kursus kejurulati­han untuk menjadi pembantu.

„ Safiq yakin transforma­si JDT tak jejas misi buru kejuaraan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia