Harian Metro

Melaka tempang tanpa Khair

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Melaka United bakal kehilangan pertahanan, Khair Muhammad Jefri Jones menjelang pertemuan dengan PKNS pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam ini.

Kecederaan pangkal paha pemain itu mendorong ketua jurulatih, E Elavarasan

merehatkan Khair bagi memastikan dia sempat pulih untuk perlawanan seterusnya.

Bagaimanap­un, beliau tidak bimbang dengan ketiadaan pemain berkenaan walaupun pada masa sama persiapan pasukan sedikit terjejas.

Katanya, semua pemain sudah bersedia untuk diturunkan dan keyakinan mereka kian positif untuk merekod kemenangan selepas sekadar terikat 0-0 ketika berdepan FELDA United minggu lalu.

“Apapun, jika Khair berkesempa­tan

(gambar)

pulih menjelang pertemuan itu, ada kemungkina­n dia akan diberi tempat semula, namun kedudukann­ya hampir pasti terpaksa digantikan kali ini.

“Sedikit melegakan, import Korea Selatan, Lee Chang Hoon sudah boleh bermain selepas berehat panjang akibat kecederaan,” katanya.

Elavarasan berkata, jika kecergasan Chang Hoon dilihat mencukupi pada ujian akhir sebelum perlawanan, sudah pasti beliau akan menurunkan pemain berkenaan yang mampu bertindak di bahagian tengah dan serangan.

“Pada penilaian saya, pemain ini kian bersemanga­t untuk membantu Melaka selepas direhatkan sebelum ini. Dia juga sudah melaungkan azam untuk bertindak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menjaringk­an gol sepanjang pusingan kedua Liga Super.

“Apa yang pasti, peminat Hang Tuah menunggu penuh sabar kemunculan Chang Hoon yang mampu memasuki kotak penalti lawan dan menjaringk­an

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia