Harian Metro

PDRM janji tampil lebih mantap

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: PDRM berusaha bangkit untuk mempersemb­ahkan kualiti permainan lebih mantap menjelang pertemuan kedua saingan kumpulan B, Piala Malaysia berdepan FELDA United di Stadium Hang Jebat, esok.

Selepas kecundang 2-5 kepada PKNS FC pada aksi pembukaan minggu lalu, skuad itu menjanjika­n aksi lebih cemerlang untuk meraih kemenangan berdepan The Fighters.

Walaupun menyedari FELDA adalah pasukan pilihan, jurulatih The Cops, Mohd Fauzi Pilus masih optimis pasukannya mampu memberi cabaran dan melakukan kejutan.

“Peluang ke suku akhir masih terbuka berikutan kami masih memiliki lima perlawanan. Namun, apa yang penting kami tidak boleh terlepas sebarang mata bermula aksi bertemu FELDA di laman sendiri.

“Sehubungan itu, persembaha­n lebih efektif dituntut kepada semua pemain untuk membentuk gandingan lebih jitu dan jadikan kekalahan kepada PKNS sebagai pengajaran berharga,” katanya.

Katanya, aspek pertahanan lebih kukuh menjadi fokusnya sepanjang sesi latihan, selain meningkatk­an gerakan berkesan di bahagian tengah dan serangan.

Namun, katanya, pemain juga diingat untuk sentiasa fokus dan tidak mengulangi kesilapan mudah yang akhirnya membawa padah seperti ketika berdepan PKNS.

“Pemain jangan menghormat­i lawan, beraksi seperti biasa dan berusaha untuk mencari jaringan awal. Gol itu penting untuk meningkatk­an motivasi pemain,” katanya.

Setakat ini, tidak banyak perubahan dilakukan The Cops dan harapan kini disandarka­n kepada pemain import Romania, Petrisor Voinea untuk mencipta jaringan.

 ?? Mohd Fauzi Pilus ?? Peluang ke suku akhir masih terbuka berikutan kami masih memiliki lima perlawanan”
Mohd Fauzi Pilus Peluang ke suku akhir masih terbuka berikutan kami masih memiliki lima perlawanan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia