Harian Metro

KELUARGA DADAH

-

sebalik perniagaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa oleh seorang lelaki berakhir selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Segong, di sini, Rabu lalu.

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, jam 10.45 malam, menahan dua wanita masing-masing berusia 20 dan 47 tahun.

Bagaimanap­un, lelaki berusia 20-an yang juga suspek utama kegiatan itu tiada di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Mohd Sabri Zainol berkata, suspek dikesan menjalanka­n perniagaan bengkel kereta, kolam ikan dan kedai runcit di sekitar daerah ini untuk mengaburi mata polis tentang aktiviti pengedaran dadah dijalankan sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas 50.8 gram serbuk kristal dipercayai syabu dianggarka­n bernilai RM10,000 disorokkan di dalam sebuah beg di rumah berkenaan dipercayai siap untuk dijual kepada penagih.

“Dua suspek yang ditahan masing-masing adalah teman wanita dan ibu lelaki terbabit. Bagaimanap­un, suspek tiada di rumah ketika serbuan dipercayai melarikan diri menaiki kereta rakannya.

“Kegiatan pengedaran yang dijalankan suspek menggunaka­n kolam ikan sebagai lokasi pembungkus­an dadah berdasarka­n penemuan peralatan membungkus dadah,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Zainol berkata, polis percaya suspek masih berada di negeri ini dan risikan lanjut sedang giat dijalankan polis untuk memastikan lelaki terbabit ditahan dalam waktu terdekat.

Katanya, polis turut merampas dua kereta di rumah suspek, masing-masing Toyota Camry dan Honda City selain pelbagai barang kemas, jam tangan serta wang tunai dengan jumlah keseluruha­n dianggarka­n bernilai RM108,500.

“Dua suspek yang ditahan kini direman bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

 ??  ?? MOHD Sabri (tengah) menunjukka­n dadah syabu dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Segong.
MOHD Sabri (tengah) menunjukka­n dadah syabu dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Segong.
 ??  ??
 ??  ?? Polis rampas syabu dianggar bernilai RM10,000 disorok dalam beg
Polis rampas syabu dianggar bernilai RM10,000 disorok dalam beg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia