Harian Metro

Serbu markas operasi bahan gian

-

Sri Aman: Kegiatan sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah ladang sawit di Jalan Betong-Sri Aman, di sini, sebagai ‘markas operasi’ mereka terbongkar selepas diserbu polis, Rabu lalu.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak jam 3.30 petang, bertindak atas aduan awam dan maklumat risikan mengenai aktiviti mencurigak­an di ladang berkenaan.

Ketua JSJN Sarawak, Superinten­dan Sahar Abdul Latif berkata, dua lelaki dan seorang wanita masingmasi­ng berusia antara 27 hingga 52 tahun itu terkedu dan tidak sempat melarikan diri.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n lanjut, polis menemui dadah syabu seberat 10.9 gram yang sudah dibungkus dalam 12 tiub lut sinar dianggarka­n bernilai RM3,052.

“Pemeriksaa­n lanjut juga menemui selaras senapang angin buatan sendiri bersama guli yang dipercayai digunakan sebagai peluru dibawa bersama suspek. Polis masih menyiasat motif suspek membawa senapang itu ke ladang sawit berkenaan, selain meneliti tempoh mereka sudah aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Sahar berkata, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman untuk siasatan lanjut dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.

Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

 ??  ?? DADAH jenis syabu dirampas dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Betong-Sri Aman.
DADAH jenis syabu dirampas dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Betong-Sri Aman.
 ??  ?? SELARAS senapang angin buatan sendiri bersama guli yang dirampas.
SELARAS senapang angin buatan sendiri bersama guli yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia