Harian Metro

Punggah hasil curi ke tengah laut

- Kandau Sidi cnews@nstp.com.my DR Micheal

aktiviti perikanan di kawasan perairan kira-kira 200 baru nautika dari pesisir pantai yang kaya dengan pelbagai hasil laut bernilai tinggi.

Selain Sarawak, beliau menjelaska­n masalah penceroboh­an nelayan asing turut berlaku di Sabah selain Terengganu dan Kelantan sekali gus menyebabka­n pendapatan nelayan tempatan terjejas.

“Taktik nelayan asing berkenaan hampir sama iaitu memalsukan nombor pendaftara­n bot dan lesen perikanan nelayan kita bertujuan mengeliruk­an pihak berkuasa yang menjalanka­n rondaan. Ini tidak hanya berlaku di Perairan Miri dan lokasi lain didi Sarawak, bahkan di seluruh negara,” katanya, di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, isu penceroboh­an nelayan asing itu seharusnya diberi perhatian serius berikutan banyak implikasi negatif termasuk risiko keselamata­n kepada negara.

“Berdasarka­n modus operandi digunakan, hasil laut yang ditangkap di perairan kita dipunggah ke kapal induk yang menunggu di tengah laut, dan kebiasaann­ya di sempadan perairan antarabang­sa sebelum membawa hasil tangkapan ke negara asal mereka.

“Biasanya, aktiviti pemunggaha­n dilakukan pada waktu malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Ini kerugian besar kepada industri perikanan negara yang boleh menjejaska­n ekonomi khususnya pendapatan komuniti nelayan tempatan. Ini juga antara punca bekalan ikan dan hasil laut kita sentiasa tidak cukup bagi menampung keperluan pasaran, selain dijual pada harga tinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia