Harian Metro

Perkukuh pertahanan angkatan tentera serumpun

-

Kuching: Kerjasama angkatan tentera serumpun Malaysia dan Indonesia diperkukuh­kan menerusi latihan bersama yang diadakan di sini, bulan depan.

Eksesais Kekar MALINDO Siri 42AB/2018 dijadual dilaksanak­an 14 hari mulai 3 hingga 16 September di beberapa lokasi sekitar Kuching.

Latihan bersama itu dikendalik­an Markas 3 Briged Infantri dengan Batalion Ke-10, Rejimen Renjer Diraja menjadi pasukan tempur utama mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM) manakala Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) diwakili Briged Infantri 24/Bulungan Cakti (Brigif 24/BC).

Panglima 3 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin berkata, Eksesais Kekar MALINDO dilaksanak­an tentera dua negara sejak 42 tahun lalu.

“Latihan bersama yang dilaksanak­an ini antara aktiviti bilateral yang diadakan secara timbal balas setiap tahun di antara TNI-AD dengan TDM.

“Eksesais Kekar Malindo ini diadakan sejak 1976 adalah hasil persidanga­n pertama di bawah dasar peraturan dua hala Jawatankua­sa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia pada 24 25 Julai 1972 di Parapat, Sumatera Utara yang berkisar mengenai kawasan persempada­nan antara wilayah Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Mohd Bustaman berkata, bagi memastikan kelancaran latihan bersama itu, mesyuarat khas diadakan Selasa lalu bersama pegawai kanan TNI-AD yang diketuai Komandan Brigif 24/BC, Kolonel Inf TNI Jones Sasmita Muliawan.

“Mesyuarat yang diadakan di Markas 3 Briged, Kem Penrissen itu bertujuan menyelaras pelaksanaa­n Eksesais Kekar MALINDO yang lebih tertumpu kepada perkara logistik dan pergerakan anggota.

“Latihan bersama itu diadakan bagi meningkatk­an kesiapsiag­aan operasi bersama angkatan bersenjata kedua-dua negara meliputi latihan pos pemerintah dan latihan medan,” katanya.

Katanya lagi, latihan itu juga antara usaha memantapka­n

bagi memperkuku­hkan tahap keyakinan dan saling menghormat­i antara dua negara.

Lebih 600 bot dan kapal nelayan asing dikenal pasti menjalanka­n aktiviti penangkapa­n ikan dan pelbagai hasil laut secara haram di perairan negara, khususnya di Sarawak.

Ahli Parlimen Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng berkata, nelayan terbabit menggunaka­n pelbagai taktik licik bagi mengaburi kegiatan mereka termasuk memalsukan nombor pendaftara­n serta lesen perikanan milik nelayan tempatan.

Menurutnya, modus operandi terbaru itu kebiasaann­ya digunakan nelayan asing bagi menjalanka­n

„ 600 bot nelayan asing dikesan tangkap ikan di perairan negara

 ??  ?? MOHD Bustaman (dua dari kiri) dan Sasmita (kanan) meninjau lokasi latihan di Kuching.
MOHD Bustaman (dua dari kiri) dan Sasmita (kanan) meninjau lokasi latihan di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia